Kajian Ke Atas Kejayaan Atau Kegagalan Kondominium Di Bandaraya Ipoh
Loading...
Date
2001-03
Authors
Ghani, Rohaya
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Konsep kondominium merupakan satu cara kehidupan berkelompok. Golongan-golongan
yang dikatakan elit berminat untuk tinggal di kawasan kondominium dengan anggapan
bahawa cara , privacy, ini lebih menyenangkan dan dapat memberikan mereka lebih
kepuasan. Dengan pelbagai kemudahan yang disediakan, penghuni-penghuni yang
tinggal di kawasan kondominium akan merasakan bahawa mereka tidak perlu lagi untuk
keluar dari kawasan perumahan mereka Semua kemudahan yang disediakan adalah
khas untuk mereka yang tinggal di situ sahaja. Dengan keadaan dan sistem yang lebih
teratur serta organisasinya yang tersendiri menjadikan · ianya lebih istimewa dari
'landed properties'. Pembangunan kondominium di Kuala Lumpur dan di Pulau Pinang
boleh dianggap berjaya dengan permintaan dan harga yang begitu tinggi. Disertasi ini
adalah bertujuan untuk mengkaji samada pembangunan kondominium di Bandaraya
Jpoh dapat diterima dan disukai serta diminati sepertimana di bandar-bdndar utama
yang dinyatakan itu. Perkembangan pembangunan kondominium di Bandaraya Ipoh
dilihat dart aspek pembinaan kondominium sediada, kondominium dalam pembinaan
serta projek-projek kondominium yang telah diluluskan tetapi tidak dilaksanakan,
Projek-projek kondominium yang tidak dilaksanakan oleh pemaju-pemaju membettkan·
pemandangan yang kurang menarik terutamanya apabila papan tanda-papan tanda atau
tapak-tapak cadangan ditinggalkan dan diabaikan. Selain daripada itu, kejayaan atau
kegagalan pembangunan kondominium juga dilihat dari aspek permintaan, penawaran
dan harga. Permintaan terhadap kondominium yang rendah yang digambarkan oleh
bilangan transaksi yang kurang menggambarkan citarasa penduduk-penduduk di
Bandaraya Jpoh yang masih kurang meminati kondominium malahan mereka lebih suka
kepada 'landed properties '. Tambahan pula Bandaraya Ipoh masih mempunyai banyak
lagi tanah-tanah yang sesuai yang boleh dibangunkan. Masalah kekurangan tanah di
Bandaraya Ipoh tidaklah ketara sepertimana Kuala Lumpur dan Pulau Pinarig. Sil¢p
untuk meniru pembangunan kondominium di Kuala Lumpur atau Pulau Pinang tidl!k
seharusnya diikuti oleh pemaju-pemaju ·disemua negeri melainkan perancangan
dilakukan terlebih. dahulu. Kajian-kajian yang tertentu contohnya kajian pasaran ·
kondominilim harus dijalankan terlebih dahulu khususnya oleh pemaju-pemaju dalcim ·
menentukan pasaran semasa dan akan datang. Walaupun kondominium dianggap
sebagai sebuah kawasan perumahan yang ' independent ' tetapi masalah-masalah .
dalaman masih tetap dihadapi dikalangan penghuni-penghuni yang tinggal di skim ·
tersebut. Masalah-masalah seperti kelewatan pengeluaran hakmilikstrata, perbadanan
pengurusan yang tidak cekap serta sikap penghuni-penghuni. ydng mementingkdn · diri
sendiri juga merupakan faktur yang menentukan kejayaan atau kegiigalan penibangunan
kondominium di Bandaraya Jpoh. Kerajaan, pemaju dan masyarakat harus bekerjasama
dalam membentuk pembangunan yang sebenar di Bandaraya Jpoh.
Description
Keywords
Kejayaan atau kegagalan kondominium , di bandaraya Ipoh