Pelaksanaan Dasar Awam Di Malaysia : Kajian Terhadap Program Kawalan Tibi Kebangsaan
dc.contributor.author | Abd. Rahman, Nur Hairani | |
dc.date.accessioned | 2019-09-03T01:32:27Z | |
dc.date.available | 2019-09-03T01:32:27Z | |
dc.date.issued | 2017-05 | |
dc.description.abstract | Program Kawalan Tibi Kebangsaan (PKTK) mula dilaksanakan pada 1961 bertujuan untuk membanteras penularan jangkitan tibi di Malaysia. Meskipun program ini telah dilaksanakan lebih daripada 50 tahun, namun Malaysia masih berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam mengawal dan membanteras penyakit ini. Berdasarkan kepada keperluan ini, kajian ini bermatlamatkan untuk mengkaji pelaksanaan PKTK dengan meneliti dan menganalisis aspek-aspek penting yang terlibat dalam pelaksanaannya iaitu rangkaian governans, aktor, peruntukan sumber dan penyertaan masyarakat. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang menggabungkan dua kaedah iaitu temu bual dan penelitian dokumen. Sampel kajian terdiri daripada dua kumpulan iaitu informan dan responden. Kumpulan informan terdiri daripada tiga kelompok iaitu pelaksana, penyedia perkhidmatan (kakitangan sokongan) dan pemerhati dasar. Kelompok pelaksana dan penyedia perkhidmatan terdiri daripada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan tadbir urus penyakit dan pesakit tibi. Sampel responden pula adalah terdiri daripada pesakit-pesakit tibi. Seramai 29 orang informan dan 28 orang responden telah ditemu bual secara bersemuka dan setiap temu bual dirakam (setelah mendapat kebenaran) dan ditranskripsi perkataan demi perkataan. Kaedah analisis kandungan digunakan dalam menganalisis data. Kajian ini juga telah memperoleh kelulusan etika daripada dua jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Etika dan Penyelidikan Perubatan (JEPP), Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jawatankuasa Etika Penyelidikan Manusia (JEPeM) Universiti Sains Malaysia. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/8772 | |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Pelaksanaan dasar awam di Malaysia | en_US |
dc.subject | program kawalan tibi kebangsaan | en_US |
dc.title | Pelaksanaan Dasar Awam Di Malaysia : Kajian Terhadap Program Kawalan Tibi Kebangsaan | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: