Pengaruh sosiobudaya komuniti Jawa terhadap terbentuknya tipologi dan morfologi desa bandar di Medan
Loading...
Date
2009
Authors
Marpaung, Beny Octofryana Yousca
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Komuniti etnik Jawa pedesaan pada masa dahulu cenderung berhijrah ke
daerah baharu dan membangun kawasan hunian yang berkembang menjadi sebuah
petempatan. Penyelidikan ini mengkaji komuniti etnik Jawa yang menempati daerah
baharu di bandar Medan, yang pada mulanya merupakan kawasan hutan. Seiring
dengan peredaran masa, kelompok manusia yang menghuni di daerah baharu tersebut
memiliki sistem sosial dan budaya yang mungkin berbeza atau menyamai keadaan di
pedesaan asal mereka.
Kawasan petempatan baru tersebut terbentuk secara spontan. Proses dan
komponen penyusunan kawasan petempatan baru tersebut tentunya tidak terlepas
daripada masalah sosiobudaya komuniti penghuninya. Hakikatnya, manifestasi fizikal
persekitaran binaan yang dibentuk oleh komuniti penghuninya, merupakan manifestasi
kehidupan bukan fizikal yang terbentuk dari waktu ke waktu.
Keadaan sosiobudaya komuniti etnik Jawa pedesaan di bandar Medan
menawarkan sebuah tantangan penyelidikan tentang pengaruh sosiobudaya dengan
manifestasi fizikal kawasan hunian dan petempatan. Manifestasi fizikal tersebut boleh
dikenal pasti sebagai tipologi kawasan hunian dan morfologi petempatan desa bandar
yang berada dalam penguasaan komuniti etnik Jawa di bandar Medan.
Description
Keywords
Etnik Jawa