Strategic Social Responsibility For Small And Medium Industries From The Perspectives Of Public Relations
Loading...
Date
2015-03
Authors
KRISHNAN, MAHADEVAN
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini bertujuan memahami bagaimana komponen sosial dan pemuliharaan
alam sekitar diterapkan ke dalam proses di kalangan sektor pembuatan Industri
Kecil dan Sederhana (IKS) yang mencerminkan inisiatif tanggungjawab sosial yang
strategic, bertujuan menyumbang kepada kelestarian serta daya-saing perniagaan.
Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk memahami persepsi terhadap
tanggungjawab sosial serta memahami komunikasi IKS dengan pemegang
kepentingan (stakeholder) bertujuan untuk membangunkan satu rangka kerja
tanggungjawab sosial yang strategik menggunakan pendekatan amalan
perhubungan awam. Kaedah kualitatif yang mengamalkan pendekatan temu bual
mendalam dengan wakil-wakil dari lapan IKS pembuatan telah dijalankan dalam
tempoh lapan bulan. Responden telah diperolehi menerusi kaedah sampling secara
rawak yang telah dilakukan sebanyak empat kali dan diikuti dengan kaedah
‘snowball sampling’ bagi memperolehi responden yang selebihnya. Kajian
mendapati bahawa IKS menganggap tanggungjawab sosial sebagai satu bentuk
pemberian, iaitu aktiviti yang dijalankan yang bertujuan untuk mendapatkan
pengiktirafan dan bukannya dianggap sebagai suatu konsep strategik yang
mempunyai kecenderungan untuk memantapkan daya-saing atau menjana
pendapatan.
Description
Keywords
Strategic Social Responsibility For Small And Medium Industries , From The Perspectives Of Public Relations