Morfologi Kata Kerja Bahasa Melayu Patani

Loading...
Thumbnail Image
Date
2011-10
Authors
Mahyudin, Islyas
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini memberikan tumpuan pada morfologi kata kerja bahasa Melayu Patani (bMP), seperti yang terdapat dalam teks-teks agama tulisan Haji Abdul Kadir Wangah dengan memanfaatkan idea-idea daripada Nida (1946), Aronoff (1976), Katamba (1993) dan Aronoff dan Fudeman (2004). Kajian ini menghuraikan struktur kata kerja, yang mencakupi struktur kata kerja unggulan dan kata kerja kompleks. Huraian terhadap struktur kata kerja unggulan memfokuskan kepada bentuk suku kata (silabik) dan mendapati sebahagian besar bentuk suku kata dalam bMP terdiri daripada dua suku kata (dwisilabik). Dalam hal ini strukutr KV + KVK didapati produktif. Kajian ini juga meninjau struktur kata kerja kompleks, dengan memberikan tumpuan kepada struktur pelapisan (heirarki) dalam proses pembentukan KK bMP. Kajian ini mendapati proses afiksasi dalam bMP berlaku mengikut urutan atau pelapisan tertentu dan juga berlaku secara rawak. Kajian ini juga menghuraikan proses pembentukan kata kerja melalui afiksasi, yang meliputi prefiksasi, sufiksasi, konfiksasi dan infiksasi. Afiksasi kata gandaan dan afiksasi kata gabungan juga diberikan huraian seperlunya. Kajian ini mendapati bahawa prefiks /meN-/, /ber-/ dan /di-/ adalah afiks yang produktif. Di samping itu, dalam proses morfofonemik didapati adanya perbezaan dengan sistem fonologi bahasa Melayu, seperti dalam lingkungan fonem yang hadir bersama prefiks /me-/. Kajian ini juga mendapati afiks mempunyai makna tertentu bergantung pada posisinya dalam ayat. Kategori kata dasar dan kedudukan perkataan berafiks dalam ayat juga menentukan makna afiks.
Description
Keywords
Morfologi kata kerja , Bahasa Melayu Patani
Citation