Penterjemahan Petikan Langsung Dan Petikan Tak Langsung Dalam Berita Bernama : Satu Analisis Berita Bencana
Loading...
Date
2011-10
Authors
Abdul Sukur, Anis Shahirah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Petikan merupakan ucapan penutur yang direkodkan atau ditulis oleh wartawan sewaktu temu bual, ucapan dan sebagainya. Terdapat dua jenis petikan iaitu petikan langsung dan petikan tak langsung. Penulisan dan penterjemahan petikan menjadi isu kontroversi apabila penutur mendakwa bahawa wartawan mengubah suai atau memberikan interpretasi yang kurang tepat pada ayat penutur. Justeru, kajian ini akan membincangkan dan menganalisis aspek penterjemahan petikan dalam berita rencana yang diterbitkan agensi berita BERNAMA. Kajian ini juga menganalisis kesalahan yang dilakukan oleh penterjemah berita rencana.
Kajian ini mengaplikasikan pendekatan eklektik untuk mengkaji kaedah yang digunakan dalam penterjemahan petikan berita rencana. Pandangan Stovall (2005) berkaitan petikan dalam berita diambil kira untuk melihat corak penterjemahan petikan langsung dan petikan tak langsung. Definisi Nord (1997) mengenai kaedah terjemahan literal digunakan untuk melihat sejauh mana kaedah tersebut diaplikasikan dalam penterjemahan petikan. Kategori kesalahan yang dibincangkan oleh Kussmaul (1995) berkaitan analisis kesalahan diaplikasikan bagi mengenal pasti kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh penterjemah semasa menterjemah petikan. Selain itu, pandangan House (1981), Newmark (1988) dan Austin (1998) juga digunakan untuk menyokong analisis kesalahan ini.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa penterjemah cenderung untuk menggunakan petikan langsung melebihi petikan tak langsung. Secara keseluruhan, penterjemah juga mengaplikasikan pendekatan terjemahan literal untuk menterjemahkan petikan. Selain itu, penterjemah melakukan kesalahan dalam menterjemah petikan langsung dan petikan tak langsung. Lima jenis kesalahan tersebut ialah kesalahan dalam kepadaan budaya, kesalahan dalam kepadaan situasi, kesalahan lakuan bahasa, kesalahan dari segi makna perkataan dan kesalahan bahasa.
Description
Keywords
Penterjemahan petikan langsung dan petikan tak langsung , dalam berita Bernama