Kerajaan Perpaduan Berteraskan Islam Dengan Rujukan Khusus Parti Politik Melayu-Islam Di Malaysia

dc.contributor.authorMohamed, Wafdi Auni
dc.date.accessioned2019-09-05T08:00:18Z
dc.date.available2019-09-05T08:00:18Z
dc.date.issued2017-06
dc.description.abstractKonsep kerajaan perpaduan pernah dikemukakan di Malaysia selepas berlakunya ‘tsunami politik’ pada tahun 2008, namun ia tidak terlaksana. Kerajaan perpaduan yang ingin dilaksanakan itu adalah berasaskan permuafakatan politik melalui perpaduan parti-parti politik pro-kerajaan dan pro-pembangkang untuk membentuk kerajaan. Konsep permuafakatan seperti ini pernah dibentuk di beberapa negara di Eropah, Afrika dan Asia. Bahkan telah diaplikasi di negara Muslim seperti Palestin dan Indonesia. Namun, ia masih lagi gagal menyelesaikan konflik dan krisis dalaman negara pengamalnya. Persoalannya, adakah wajar permuafakatan politik dibentuk melalui konsep kerajaan perpaduan di Malaysia? Apakah kesesuaian yang perlu jika konsep kerajaan perpaduan diambil sebagai bentuk kerjasama dalam kalangan parti politik Melayu-Islam? Berdasarkan persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan, kajian ini bertujuan mengkaji konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam dan kesesuaiannya dalam membentuk kerjasama parti politik Melayu-Islam di Malaysia. Secara spesifik, kajian ini mempunyai tiga objektif. Pertama, mengenal pasti konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Kedua, menganalisis perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia berdasarkan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Ketiga, mencadangkan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam dalam kerjasama parti politik Melayu-Islam di Malaysia. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif melalui reka bentuk kajian penerokaan dan deskriptif dengan melibatkan dua fasa. Fasa pertama dikhususkan kepada pengumpulan data sekunder yang dianalisis menerusi kaedah analisis kandungan bagi menjawab objektif pertama.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/8837
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectKerajaan perpaduan berteraskan Islamen_US
dc.subjectparti politik Melayu-Islam di Malaysiaen_US
dc.titleKerajaan Perpaduan Berteraskan Islam Dengan Rujukan Khusus Parti Politik Melayu-Islam Di Malaysiaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: