Pelaksanaan Kod Etika Islam Diinstitusi Pembangunan Berteraskan Islam: Kajian Kes Dl Lembaga Tabung Haji Malaysia

Loading...
Thumbnail Image
Date
2007-12
Authors
Kamri, Nor ' Azzah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini adalah berkenaan kod etika Islam di institusi pembangunan berteraskan Islam, khususnya di Lembaga Tabung Haji Malaysia (Tabung Haji). Secara umumnya, tujuan kajian adalah untuk meneliti Nilai dan Etika Ke~a Tabung Haji (NEKTH) dari segi teori dan praktis. Secara khususnya pula, kajian ini mempunyai empat objektif. Pertama ialah untuk meneliti asas-asas dalam pembentukan dan pelaksanaan kod etika Islam. Keduanya adalah untuk menganalisis kandungan NEKTH dan dasar pelaksanaannya. Ketiga, untuk mengukur tahap pelaksanaan NEKTH ke atas pembentukan budaya ke~a beretika dalam kalangan kakitangan Tabung Haji daripada perspektif pengurusan pembangunan berteraskan Islam. Keempat, untuk merumuskan mekanisnie pelaksanaan kod etika Islam yang serasi dengan acuan Islam dari segi teori dan praktis. Bagi mencapai keempat-empat objektif tersebut, kajian perpustakaan dan kajian lapangan dijalankan. Kajian perpustakaan dijalankan bagi memperoleh data sekunder berhubung etika Islam menerusi penelitian terhadap karya-karya terdahulu. Kajian lapangan pula dijalankan bagi memperoleh data primer berhubung pembentukan dan pelafesanaan NEKTH di pejabat-pejabat Tabung Haji terpilih. Fasa ini melibatkan temu bual dengan pihak pengurusan Tabung Haji selaku penggubal dasar dan edaran soal selidik kepada kakitangan Tabung Haji selaku pelaksana dasar dan pendeposit Tabung Haji selaku penerima perkhidmatan Tabung Haji. Data sekunder dan primer yang diperoleh ini kemudiannya dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif berdasarkan keperluan kajian. Kajian ini menghasilkan lima kriteria asas dalam pembentukan dan pelaksanaan kod etika Islam. Ia terdiri daripada sumber pembentukan, matlamat, komponen nilai, skop liputan dan pendekatan pelaksanaan kod etika Islam. Kesepaduan antara aspek penyucian jiwa, pembangunan insan, penghayatan ibadah, penghalusan adab dan pembangunan kerjaya pula dikenal pasti sebagai mekanisme penting dalam pelaksanaan kod etika Islam. Dalam konteks NEKTH, secara teorinya ia didapati telah mengambil kira kelima-lima kriteria asas itu tadi. Secara praktisnya pula, pelaksanaan NEKTH didapati telah membawa kepada tahap budaya kerja beretika yang tinggi. Hal ini diakui oleh 90 peratus daripada 166 responden kakitangan Tabung Haji dan 70 peratus daripada 500 responden pendeposit Tabung Haji. Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian memperlihatkan NEKTH telah menepati hampir kesemua kriteria asas kod etika Islam. Hal ini membuktikan kekuatan NEKTH itu sendiri. Walau bagaimanapun, aspek-aspek berhubung komponen nilai, penjanaan program khas, pemantapan kefahaman kakitangan dan peningkatan kepuasan pendeposit masih perlu diberi perhatian demi keberkesanan NEKTH.
Description
Keywords
Kod etika Islam , di institusi pembangunan.
Citation