Analisis Ruang-Masa Dan Impaknya Kepada Hasilan Sedimen Di Sungai Daerah Barat Daya, Pulau Pinang

dc.contributor.authorMohd Najib, Sumayyah Aimi
dc.date.accessioned2017-01-09T08:13:39Z
dc.date.available2017-01-09T08:13:39Z
dc.date.issued2016-04
dc.description.abstractPulau Pinang dengan keluasan tanah yang terhad telah mengalami perubahan gunatanah yang pesat dari segi pertanian, petempatan, perbandaran dan pelbagai aktiviti manusia sejak 20 tahun kebelakangan ini. Perubahan gunatanah adalah salah satu daripada beberapa faktor penting yang mempengaruhi degradasi tanih oleh hakisan. Objektif utama kajian ini adalah untuk menganggarkan hasilan sedimen lampau menggunakan Universal Soill Loss Equations (USLE) dan pertaliannya dengan perubahan gunatanah yang berlaku bagi tahun 1974, 1984, 2004 dan 2012 bagi 19 lembangan sungai di kawasan Barat Daya Pulau Pinang. Lima faktor utama yang diambil kira dalam pengiraan USLE dalam menganggarkan kehilangan tanih adalah faktor R bagi erosiviti hujan, faktor K - erodibiliti tanih, faktor LS- panjang cerun, faktor C- pengurusan penanaman dan faktor P- amalan kawalan hakisan. Metodologi yang digunakan ialah melibatkan pengumpulan data primer (persampelan sedimen dan pengukuran aliran sungai), dan data sekunder (peta gunatanah, jenis tanih dan rekod hujan). Keluk kadaran dan USLE digunakan untuk mengganggarkan hasilan sedimen. Analisis Landskap Metrik juga digunakan bagi mengkaji gunatanah mana yang dominan dan kesan rebakan yang mempengaruhi nilai hasilan sedimen. Hasilan sedimen yang dianggarkan dari tahun 1974-2012 menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun. Purata hasilan sedimen bagi 19 kawasan tadahan ini masing-masing adalah 169.88 tan/km2/tahun dan 259.50 tan/km2/tahun bagi tahun 1974 dan 1984. Ini merupakan 52.75% perubahan purata hasilan sedimen yang kemudiannya meningkat sedikit (2.08%) menjadi 264.92 tan/km2/tahun pada tahun 2004, dan meningkat dengan banyak (17.5%) menjadi 311.39 tan/km2/tahun pada tahun 2012. Dapatan kajian mendapati adanya pertalian yang signifikan dengan perubahan gunatanah hasil daripada analisis Shannon Diversity index. Peningkatan yang selari ini dibuktikan dengan nilai regresi R2=0.97. Kajian ini mempamerkan satu pertalian positif yang signifikan antara hasilan sedimen dengan peratus perubahan gunatanah pertanian dan perbandaran. Dapatan baru dari kajian ini adalah sumbangan utama tentang hasilan sedimen bagi kawasan lembangan sungai tanpa cerapan di kawasan Barat Daya Pulau Pinang, dan diharap menjadi sumber rujukan amnya bagi lain-lain kajian bagi lembangan sungai tanpa cerapan.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/3368
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectSungaien_US
dc.titleAnalisis Ruang-Masa Dan Impaknya Kepada Hasilan Sedimen Di Sungai Daerah Barat Daya, Pulau Pinangen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: