Tor-Tor Dalam Perkahwinan (Marhajabuan) Kajian Terhadap Nilai Dan Norma Dalam Struktur Sosial Masyarakat Simalungun

Loading...
Thumbnail Image
Date
2017-08
Authors
Nugrahaningsih, Ruth Hertami Dyah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian terhadap nilai dan norma dalam struktur sosial masyarakat Simalungun melalui tortor saat upacara perkahwinan (marhajabuan) dilakukan, agar pemahaman tentang kedudukan tortor dapat difahami sebagai legitimasi seseorang dalam sistem kekerabatan tolu sahundulan - lima saodoran. Tortor menjadi bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari upacara perkahwinan. Pelaksanaannya memperlihatkan isi hati dan batin masyarakat Simalungun dalam menghormati dan menghargai kerabatnya demi menunjukkan persatuan dan kesatuan. Teori yang digunakan dalam kajian ini adalah paradigma struktural Levi-Strauss, untuk mendedahkan relasi-relasi yang terdapat di dalam struktur 'persembahan tortor' dan struktur kekerabatan masyarakat Simalungun, yang telah membolehkan orang Simalungun membina jaring-jaring simbolik, hingga akhirnya dapat membuka nilai budaya dan identiti budaya masyarakat Simalungun. Penyelidikan kualitatif dengan fokus kajian pada nilai dan norma ini dilakukan di Kabupaten Simalungun bermula dari tahun 2007 hingga 2014. Pengumpulan data dilakukan melalui kajian kepustakaan, pemerhatian, dokumentasi, dan wawancara, setelah disahkan kemudian dianalisis dengan menggunakan teknik deskripstif analitikal. Kajian ini menyimpulkan bahawa dengan menganalisis tortor, sekat budaya masyarakat Simalungun menjadi terbuka. Bagi masyarakat Simalungun, tortor adalah upacara perkahwinan, dan ciri dari upacara perkahwinan adalah tortor. Hubungan erat di antara kedua-duanya menghadirkan oposisi dan relasi yang dipakai guna membuka nilai budaya dan identiti budaya masyarakat Simalungun. Oposisi binair terdapat dalam nilai budaya dan struktur sosial. Oposisi binair pada nilai budayanya adalah hasuhuton dan tondong bayu; awal dan akhir; tuan rumah dan tetamu. 'Hasuhuton' di 'awal' sekaligus sebagai 'tuan rumah' adalah rasa harga diri, nyawa dan jiwa lelaki, yang perlu diperjuangkan oleh setiap lelaki Simalungun. 'Tondong bayu' di 'akhir' sekaligus sebagai 'tetamu' adalah dunia perempuan, nilai kehormatan yang layak diterima kerana telah menyerahkan anak perempuannya. Pada struktur sosial, oposisi binairnya adalah suhut paranak (keluarga pengantin lelaki) dan suhut parboru (keluarga pengantin perempuan); pihak boru (penerima anak gadis/isteri) dan tondong (pemberi anak gadis/isteri); pihak tuan dan rumah tetamu. Dari pasangan oposisi binair di atas, hadir dan diperkenalkan model lain, yakni trapezoid sebagai simbol dua peranan tondong ni tondong dan boru ni boru yang menopang dan menyempurnakan sistem kekerabatan, sekaligus menjadi landasan tempat berdirinya segi tiga sama sisi sebagai simbol sistem kekerabatan tolu sahundulan. Model yang kemudian menjadi 'pentagon' atau 'rumah' tempat masyarakat Simalungun bernaung, menjalankan, mempertunjukkan, menjaga dan mempertahankan kehidupan adat istiadatnya sebagai identiti. Pentagon atau rumah diandaikan sebagai 'perkahwinan', yang menyatukan dua entiti berbeza agar saling melengkapi dalam keselarasan yang harmoni untuk kesempurnaan yang akan melahirkan kehidupan baru.
Description
Keywords
Nilai dan norma dalam struktur sosial , masyarakat Simalungun melalui tortor
Citation