Penyertaan Guru Dalam Membuat Keputusan Pengurusan Sekolah Dan Hubungannya Dengan Komitmen Organisasi Di Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Di Kedah
Loading...
Date
2005-03
Authors
Abang Engkeh, Abang Hut
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap penyertaan guru dalam membuat
keputusan pengurusan sekolah dan hubungannya dengan komitmen organisasi.
Kajian ini mengandaikan bahawa faktor kesediaan penyertaan guru dalam teori zon
penerimaan iaitu faktor kepakaran dan kepentingan keputusan mempengaruhi
kesediaan penyertaan guru dalam membuat keputusan pengurusan sekolah dan
hubungannya dengan komitmen organisasi. Dengan itu kajian ini digunakan untuk
menentukan hubungan antara kedua-dua faktor tersebut dengan tahap penyertaan
guru dalam membuat keputusan pengurusan sekolah dan kesan moderatornya
dalam hubungan antara tahap penyertaan guru dalam membuat keputusan
pengurusan sekolah dengan komitmen organisasi. Kedua-dua kaedah kuantitatif
dan kualitatif digunakan untuk mengumpul data daripada guru-guru sekolah
menengah di negeri Kedah Darul Aman. Pengumpulan data kuantitatif dilakukan
melalui kaedah soal selidik terhadap 564 orang guru dan diikuti dengan
pengumpulan data kualitatif melalui kaedah temu bual berkelompok terhadap 17
orang guru dalam tiga kumpulan yang berasingan. Teknik statistik yang digunakan
untuk menganalisis data kuantitatif termasuklah ujian-t, ANOVA, korelasi dan
Moderated Multiple Regression (MMR). Aras keyakinan yang digunakan adalah
pada aras p < .05. Analisis dan interpretasi data kualitatif kemudiannya digunakan
untuk menjelas dan menghuraikan lagi dapatan daripada data soal selidik.
Keputusan kajian ini menunjukkan wujudnya perbezaan yang siginifikan antara skor
min penyertaan sebenar dengan skor min keinginan penyertaan. Skor min penyertaan sebenar dalam membuat keputusan didapati lebih rendah daripada skor
min keinginan penyertaan dalam membuat keputusan. Dengan itu tahap
penyertaan guru dalam membuat keputusan pengurusan sekolah adalah rendah.
Dapatan ini menunjukkan bahawa para guru tidak diberi peluang untuk menentukan
keputusan dalam pengurusan sekolah. Kajian ini juga mendapati hubungan antara
tahap penyertaan yang rendah di kalangan guru dalam dimensi keputusan operasi
dengan komitmen organisasi dimensi orientasi dalaman adalah signifikan. Kajian ini
juga menunjukkan bahawa faktor kepentingan keputusan guru dalam dimensi
keputusan strategik dan dimensi keputusan operasi mempunyai hubungan yang
negatif dengan tahap penyertaan rendah di kalangan guru dalam dimensi keputusan
strategik dan dimensi keputusan operasi. Seterusnya kajian ini mendapati bahawa
faktor kepakaran keputusan menjadi moderator dalam hubungan antara tahap
penyertaan rendah para guru dalam membuat keputusan pengurusan sekolah
dengan komitmen organisasi dimensi orientasi dalaman. Walau bagaimanapun
kesan moderator faktor kepakaran keputusan terhadap hubungan antara tahap
penyertaan rendah para guru dalam membuat keputusan pengurusan sekolah
dengan komitmen orgsanisasi dimensi orientasi luaran secara statistiknya adalah
tidak signifikan.
Description
Keywords
Education