Kompleksiti Persembahan Randai Dalam Kehidupan Masyarakat Minangkabau Di Sumatera Barat
Loading...
Date
2010-09
Authors
Netrirosa, Arifni
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Randai adalah salah satu kesenian tradisional Minangkabau di Sumatera Barat yang masih hidup dan berterusan berkembang hingga kini. Randai muncul tahun 1932 di Labuah Basilang Kabupaten Lima Puluh Kota, merupakan persembahan kaba yang mendapat pengaruh daripada teater komedi bangsawan Melayu. Randai disajikan untuk upacara adat dan acara-acara seperti pesta perkahwinan, pesta panen, pasar malam, hiburan untuk para pelancong, upacara batagak penghulu dan pesta rakyat lainnya. Randai juga memiliki beberapa fungsi dalam kehidupan masyarakat Minangkabau seperti fungsi hiburan, fungsi ekspresi artistik dan kesenimanan, fungsi interaksi dan identiti sosial, fungsi dialog dan kritik sosial.
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis perkembangan dan hubung kait unsur-unsur pokok randai. Kajian ini menggunakan teori kompleksiti, fungsi dan perubahan untuk menganalisis data. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa randai mengandungi pelbagai unsur seni seperti: kaba, muzik, gerak/galombang, dialog yang dilakonkan saling berkait dan tidak boleh diungkaikan salah satu unsur tersebut kerana akan berpengaruh pada wujud keseniannya.
Kajian ini juga mendapati bahawa randai boleh diubahsuai, tetapi harus mengekalkan unsur-unsur ketradisiannya kerana randai adalah milik masyarakat Minangkabau yang berkait rapat dengan adat dan sopan santun yang berlaku pada masyarakat Minangkabau. Manfaat kajian ini dapat membantu masyarakat untuk memahami lebih dalam tentang keunikan kesenian randai, boleh menjadi rujukan bagi pengkaji dan pencinta seni tradisional.
Description
Keywords
Kompleksiti Persembahan Randai , dalam Kehidupan Masyarakat Minangkabau Di Sumatera Barat