Rekabentuk Dan Ciri-Ciri Tork Untuk Motor Magnet Kekal Tanpa Berus Yang Mempunyai Kesamaan Nisbah Lubang Alur Dan Kutub Berperingkat

dc.contributor.authorAhmad, Mohd Saufi
dc.date.accessioned2018-07-05T00:54:04Z
dc.date.available2018-07-05T00:54:04Z
dc.date.issued2010-07
dc.description.abstractPenyelidikan ini berkisar mengenai rekabentuk, permodelan simulasi dan pembinaan prototaip bagi mendapatkan gelombang keluaran seperti gelombang pautan fluks, daya gerak elektrik songsang, tork penugalan dan tork motor magnet kekal tanpa berus tiga fasa. Motor yang direkabentuk ini adalah jenis jejarian yang mempunyai kesamaan nisbah lubang alur terhadap kutub yang berperingkat. Motor magnet kekal tanpa berus menjadi tarikan kerana peningkatan dalam penghasilan bahan bermagnet yang dapat menghasilkan rekabentuk motor yang lebih kecil dengan kuasa yang lebih tinggi. Dalam kajian ini, perbezaan antara lubang alur dan kutub dengan kombinasi ±2 dan ±1 dipertimbangkan. Perbezaan yang kecil antara lubang alur dan kutub ini berpotensi meningkatkan prestasi motor yang direkabentuk. Kombinasi motor jenis berperingkat ini juga membolehkan belitan tak bertindih dua lapis digunakan di dalam motor di mana proses penghasilan belitan jenis ini lebih mudah. Analisis unsur terhingga digunakan dalam anggaran penentuan gelombang seperti rangkaian fluks, daya gerak elektrik songsang, tork penugalan dan tork yang mana setiap gelombang ini dibuktikan kesahihannya dalam pengukuran daripada prototaip. Dua buah prototaip motor telah dibina dalam penyelidikan bagi tujuan pengujian dan pengesahan. Motor yang pertama adalah motor 12-lubang alur/10-kutub dan motor kedua pula adalah motor 9-lubang alur/10-kutub.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/5862
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectRekabentuk dan ciri-ciri tork untuk motor magnet kekal tanpa berusen_US
dc.subjectyang mempunyai kesamaan nisbah lubang alur dan kutub berperingkaten_US
dc.titleRekabentuk Dan Ciri-Ciri Tork Untuk Motor Magnet Kekal Tanpa Berus Yang Mempunyai Kesamaan Nisbah Lubang Alur Dan Kutub Berperingkaten_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: