Amalan Perhubungan Awam: Kajian Terhadap Kecemerlangan Dan Amalan Perhubungan Awam Di Organisasi Tersenarai Di Bursa Malaysia
Loading...
Date
2011-01
Authors
Ahmad, Mokhtarrudin
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Sumbangan perhubungan awam kepada keberkesanan organisasi telah diperakui
diperingkat antarabangsa. Walaubagaimanapun, kajian terhadap sumbangan
perhubungan awam di Malaysia masih kurang dilaksanakan. Sehubungan itu, kajian
ini telah dilaksana berdasarkan model kecemerlangan perhubungan awam (Grunig et
al., 1992) dan model perhubungan awam (Grunig & Hunt, 1984). Objektif utama
kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan di antara faktor kecemerlangan
perhubungan awam dengan amalan perhubungan awam, dengan mengambil kira
dimensi kesan faktor budaya dan kuasa. Kaedah tinjauan telah dilaksanakan di 105
buah organisasi yang tersenarai di Bursa Malaysia. Analisis statistik deskriptif
korelasi dan kaedah regresi menunjukkan bahawa sektor korporat di Malaysia
mengamalkan perhubungan awam berdasarkan saranan model kecemerlangan
perhubungan awam. Kajian juga mendapati bahawa sektor korporat di Malaysia
lebih cenderung untuk mengamalkan perhubungan awam simetrikal walaupun saiz
organisasi adalah berbeza. Sebagai tambahan, dimensi budaya dan kuasa juga
mempunyai kesan pengaruh peramal terhadap perhubungan awam simetrikal. Dalam
dimensi budaya, sub-dimensi feminiti mempunyai kesan yang paling kuat. Kajian
menunjukkan bahawa nilai toleransi dan bertolak ansur merupakan faktor penting
dalam perhubungan awam simetrikal. Dari aspek kuasa, pembentukan hubungan dan
rangkaian oleh jabatan perhubungan awam adalah signifikan dengan amalan
perhubungan awam simetrikal. Kajian ini adalah selaras dengan kajian terdahulu
yang dilakukan dibeberapa buah negara serantau seperti yang dilakukan oleh Berger
& Reber (2006); Wu, Taylor & Chen (2001; Sriramesh, Kim & Takasaki (1999);
Culbertson & Chen (1996) serta Culbertson et al. (1993).
Description
Keywords
Hubungan di antara faktor kecemerlangan perhubungan awam , dengan amalan perhubungan awam