Faktor-Faktor Penghalang Penglibatan Pelajar Pendidikan Jarak Jauh Dalam Pembelajaran Atas Talian Di Universiti Sains Malaysia

Loading...
Thumbnail Image
Date
2013-07
Authors
Sim, Pei Wah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti halangan-halangan yang mempengaruhi pelajar PJJ dalam penglibatan mereka di dalam pembelajaran atas talian di USM. Kajian ini juga mengkaji hubungan halangan-halangan ini dengan dimensi demografi iaitu etnik, umur, pekerjaan dan bidang pengajian. Sebanyak 614 orang pelajar yang mengikuti Program PJJ Kursus Intensif iaitu dari 21 November 2008 hingga 11 Disember 2008, Sidang Akademik 2008/2009 di USM telah dipilih sebagai sampel kajian ini. Soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan data-data yang berkaitan dan analisis deskriptif, analisis faktor dan analisis inferens telah dilakukan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian. Terdapat enam halangan utama yang telah dikenal pasti dalam kajian ini iaitu halangan masa, halangan interaksi sosial, halangan teknikal, halangan motivasi, halangan infrastruktur dan halangan kemahiran pra syarat. Antara keenam-enam halangan ini, halangan masa mencatat min yang tertinggi, diikuti halangan interaksi sosial, halangan teknikal, halangan motivasi, halangan infrastruktur dan halangan kemahiran pra syarat.
Description
Keywords
Penghalang Penglibatan Pelajar Pendidikan Jarak Jauh , Pembelajaran Atas Talian
Citation