Pelancongan Budaya Warisan Dan Identiti Etnik: Kajian Etnografi Masyarakat India Muslim Di Pulau Pinang

dc.contributor.authorAzmi, Ezwani
dc.date.accessioned2016-10-19T02:01:40Z
dc.date.available2016-10-19T02:01:40Z
dc.date.issued2014-08
dc.description.abstractKajian ini secara keseluruhannya ingin mengkaji dan mengenalpasti produk budaya warisan masyarakat India Muslim yang dibangunkan untuk industri pelancongan warisan di Pulau Pinang. Kajian ini turut mengupas bagaimana warisan identiti etnik India Muslim ‘digunakan’ oleh Pertubuhan India Muslim dan masyarakat India Muslim untuk dibangunkan sebagai satu produk pelancongan di Pulau Pinang bukan sahaja untuk tujuan ‘tatapan pelancong’ tetapi untuk memastikan warisan identiti etnik India Muslim dapat dikekalkan dan diperkuatkan. Konflik dan dilema identiti etnik yang dialami oleh masyarakat India Muslim sering menjadi isu perdebatan. Walau bagaimanapun, situasi ini menjadi pencetus kepada usaha masyarakat India Muslim untuk mempromosikan produk budaya dan warisan mereka. Pengiktirafan bandar Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia menjadi satu medium kepada masyarakat India Muslim di Pulau Pinang untuk menonjolkan warisan budaya mereka melalui pelbagai program dan yang paling popular adalah Perayaan Hari Kebudayaan dan Warisan India Muslim yang diadakan setiap tahun pada hari sambutan Hari Warisan Sedunia di Pulau Pinang. Tumpuan lokasi kajian ini adalah di sekitar Georgetown, Pulau Pinang terutama di Masjid Kapitan Keling yang termasuk dalam zon Tapak Warisan Dunia. Penyelidikan ini adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah etnografi secara temubual mendalam dan pemerhatian. Hasil kajian menunjukkan bahawa warisan budaya etnik India Muslim telah dijadikan produk untuk ‘tatapan pelancong’ dan mengesahkan kajian-kajian terdahulu bahawa etnik identiti sering dijadikan sebagai produk yang mempunyai nilai-nilai ekonomi. Pembangunan warisan budaya India Muslim dalam pelancongan tempatan bukan sahaja menarik pelancong tetapi meningkatkan kesedaran dalam kalangan generasi muda India Muslim mengenai identiti etnik dan warisan budaya mereka.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2767
dc.subjectWarisan masyarakat India Muslim yang dibangunkan untuken_US
dc.subjectindustri pelancongan warisan di Pulau Pinangen_US
dc.titlePelancongan Budaya Warisan Dan Identiti Etnik: Kajian Etnografi Masyarakat India Muslim Di Pulau Pinangen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: