Kajian Penggunaan Pulpa Batang Kelapa Sawit Dalam Pembuatan Papan Simen-Gentian

dc.contributor.authorMicheal, Abraham Joseph
dc.date.accessioned2016-11-24T02:13:11Z
dc.date.available2016-11-24T02:13:11Z
dc.date.issued1997-02
dc.description.abstractDalam kajian ini pulpa daripada batang kelapa sawit (OPT) digunakan untuk menghasilkan papan simen-gentian (PSG) dalam usaha mempelbagaikan penggunaan bahan buangan pokok kelapa sawit. Penyediaan pulpa dilakukan melalui proses pemepulpaan sulfat. Bahan daripada batang kelapa sawit dimasak pada keadaan kekuatan alkali-aktif (A.A) yang berlainan iaitu daripada 11 % - 15 %. 1ni telah menghasilkan pulpa berlainan yang mengandungi kandungan lignin yang berbeza. Papan simen-gentian pula disediakan melalui kaedah pengubahsuaian proses Hatschek. Untuk mengetahui kesan kandungan lignin terhadap PSG beberapa siri PSG yang mengandungi 6, 8, 10, 12 dan 14 % berat pulpa dan bakinya simen telah disediakan bagi setiap jenis masakan pulpa dengan keadaan alkaliaktif berbeza dari 11 % hingga 15 %. 1a dikeringkan di udara selama 28 hari dan kemudian diuji dari segi sifat fizikal dan kimia mengikut peraturan Piawaian Malaysia (Malaysian Standards) untuk kekuatan lentur iaitu ujian MOR dan MOE dan ujian( ujian lain seperti serapan air, pembengkakan ketebalan, ketegapan, ketegapan retakan serta ujian penghidratan untuk simen dan komposit simen-gentian. Analisis Keliangan, SEM, FTIR dan TG/DTA/DTG juga dilakukan. Analisis kimia terhadap pulpa dilakukan untuk menentukan komponen organik dalam pulpa OPT. Didapati bahawa PSG yang optimum mempunyai kandungan 10 % pulpa masakan 13 % A.A dan mempunyai nilai MOR yang paling tinggi iaitu 29 MPa, dua kali ganda nilai piawaian Malaysia bagi PSG komersial yang terdapat sekarang. Nilai-nilai lain seperti penyerapan air, pembengkakan ketebalan dan ketegapan serta ketegapan retakan sangat menggalakan. Analisis SEM, FT1R dan Keliangan memberi gambaran yang lebih lengkap dari segi kimia fizik tentang PSG yang dibuat daripada pulpa batang kelapa sawit. Kajian ini menunjukkan bahawa pulpa batang kelapa sawit boleh digunakan untuk membuat papan simen-gentian yang mempunyai aplikasi komersial. 1a juga menambahkan pengetahuan dari segi kimia tentang PSG buatan pulpa batang kelapa sawit. Maka dibuktikan bahawa pulpa batang kelapa sawit boleh digunakan dalam industri komposit simen-gentian.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/3181
dc.subjectPulpa Batang Kelapa Sawiten_US
dc.subjectPapan Simen-Gentianen_US
dc.titleKajian Penggunaan Pulpa Batang Kelapa Sawit Dalam Pembuatan Papan Simen-Gentianen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: