Functional Characterization Of The Striped Snakehead (Channa Striata) Desaturase Gene, And Its Implication In Long-Chain Polyunsaturated Fatty Acid Synthesis
Loading...
Date
2015-02
Authors
JAYA RAM, ANNETTNE
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Ikan merupakan sumber utama asid lemak rantai panjang poli-tak-tepu (LC-PUFA) omega-3, antaranya asid eikosapentaenoik (EPA) dan asid dokosaheksaenoic (DHA), yang penting bagi kesihatan optimum manusia. Namun begitu, penggunaan minyak ikan oleh industri akuakultur sebagai sumber lipid dalam makanan ikan dianggap tidak lestari. Minyak daripada tumbuhan mengandungi asid lemak poli-tak-tepu (PUFA) karbon 18 (C18) yang tinggi dan tidak mengandungi LC-PUFA, dicadangkan sebagai alternatif kepada minyak ikan. Oleh itu, pemahaman daripada aspek molekular enzim yang terlibat di dalam laluan biosintesis PUFA C18 kepada LC-PUFA dapat membantu dalam penggunaan minyak tumbuhan di dalam makanan ikan. Kajian ini dijalankan untuk mencirikan fungsi salah satu gen jujukan lengkap desaturase, fads (EU 570220), daripada ikan haruan, Channa striata (Bloch, 1793), yang merupakan ikan air tawar yang bersifat karnivor; dan untuk menilai peranan gen tersebut dalam penggunaan minyak tumbuhan dalam pemakanan spesis ini. Keputusan daripada kajian ini menunjukkan bahawa ikan haruan mempunyai gen desaturase dwifungsi dengan kebolehan menyahtepukan substrat asid lemak pada kedudukan Δ4 and Δ5. Ini menunjukkan bahawa ikan ini berkemampuan menukar EPA kepada DHA menggunakan laluan yang lebih singkat berbanding laluan biasa. Pengekspresan gen fads yang paling tinggi telah dikesan di dalam tisu hati dan otak ikan. Satu eksperimen telah dijalankan secara in-vivo dengan penyediaan 4 jenis makanan ikan menggunakan sumber lipid berbeza, iaitu minyak ikan (FO), minyak linseed (LO), minyak jagung (CO), dan campuran minyak linseed and jagung (LOCO), telah mengesan regulasi nutrisi gen fads di dalam tisu hati ikan.
Description
Keywords
Functional Characterization Of The Striped Snakehead (Channa Striata) Desaturase Gene , And Its Implication In Long-Chain Polyunsaturated Fatty Acid Synthesis