Keadilan prosedur, tanggapan mengenai sokongan organisasi, komitmen organisasi, dan gelagat kewarganegaraan organisasi di kalangan pekerja hotel

Loading...
Thumbnail Image
Date
2001-03
Authors
Mohd. Nasurdin, Aizzat
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Untuk hidup dan berkembang dalam persekitaran yang bercirikan persamgan yang semakin meningkat, hotel di Malaysia perlu kompetitif dari seg1 kos dan berupaya menyediakan serv1s yang berkualiti tinggi kepada pelanggannya. Oleh itu, hotel memerlukan pekerja yang produktif dan mampu memenuhi keperluan dan jangkaan pelanggan. Pekerja sedemikian mempamerkan apa yang digelar "gelagat kewarganegaraan organisasi". Memandangkan gelagat kewarganegaraan terutama di kalangan pekerja yang sentiasa berhadapan dengan pelanggan memberi sumbangan kepada kecekapan dan keberkesanan hotel, penyiasatan ke atas anteseden gelagat ini menjadi penting. Berdasarkan pemahaman mengenai perhubungan pertukaran sosial (Blau, 1964), norma balas membalas (Gouldner, 1960), dan rantaian kepercayaan-sikapgelagat (Fishbein & Ajzen,l975), kajian ini menghipotesiskan bahawa: (1) kepercayaan pekerja mengenai organisasi (keadilan prosedur dan tanggapan mengenai sokongan organisasi) akan mempunyai kesan yang langsung ke atas gelagat kewarganegaraan organisasi mereka, (2) kepercayaan pekerja mengenai organisasi (keadilan prosedur dan tanggapan mengenai sokongan organisasi) akan mempunyai kesan tidak langsung ke atas gelagat kewarganegaraan mereka melalui sikap mereka terhadap organisasi (komitmen organisasi), (3) keadilan prosedur akan mempunyai korelasi yang positif dengan tanggapan mengenai sokongan organisasi. Sejumlah 379 pekerja bukan penyeliaan yang berkhidmat dalam industri perhotelan telah memberikan maklumat mengenai tanggapan mereka terhadap keadilan dalam proses pembuatan keputusan organisasi, tanggapan mereka mengenai sokongan organisasi, dan perasaan mereka terhadap organisasi. Seramai 172 pekerja penyeliaan telah menilai gelagat kewarganegaraan subordinat mereka. Analisis faktor eksploratori ke atas empat konstruk ini telah mendapati: (1) keadilan prosedur terdiri daripada keadilan formaliti, dan keadilan interaksional, (2) tanggapan mengenai sokongan organisasi mempunyai satu dimensi, (3) komitmen organisasi terdiri daripada komitmen aktif, dan komitmen pasif, ( 4) gelage.t kewarganegaraan organisasi terdiri daripada altruisme dan kehematan, semangat kesukanan, budi bahasa, kesedaran organisasi, dan peny·ertaan. Keputusan reg:resi menunjukkan: (1) keadilan interaksional mempunyai kesan yang lang sung ke atas altruisme dan kehematan, dan penyertaan, (2) keadilan formaliti dan tanggapan mengenai sokongan organisasi setiap satunya mempunyai kesan tidak langsung ke atas penyertaan melalui komitmen aktif manakala setiap variabel terbabit mempunyai kesan tidak langsung ke atas semangat kesukanan melalui komitmen pasif dan (3) keadilan formaliti mempunyai korelasi positif yang lebih kuat dengan tanggapan mengenai sokongan organisasi berbanding dengan keadilan interaksional. Faktor yang mungkin menyumbang kepada penemuan yang diperolehi, dan implikasi penemuan dibincangkan.
Description
Keywords
Hotel
Citation