Wanita Dalam Sistem Patriarkal: Satu Analisis Bandingan Dalam Novel-Novel Terpilih Pengarang Wanita India Dan Nigeria

Loading...
Thumbnail Image
Date
2015-04
Authors
Paramasivan, Nagesvari
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Pemahaman tentang kaum wanita dari Negara-negara Dunia Ketiga dalam hasil tulisan feminis Barat tidak tepat sepenuhnya disebabkan pengabaian konteks tempatan dan gagal memahami pengalaman hidup kaum wanita ini. Kajian ini menganalisis novel-novel pilihan dari India dan Nigeria yang menjelaskan kedudukan wanita dalam sistem patriarkal setempat dalam konteks sosial, politik dan ekonomi. Kajian ini mempunyai tiga objektif, yang pertama ialah membincangkan kedudukan wanita mengikut pemahaman setempat dan bukannya secara universal seperti mana dalam kajian feminis Barat. Objektif kedua ialah menganalisis tindak balas kaum wanita setempat terhadap satu lingkaran politik, sosial dan ekonomi yang berada di bawah kuasa mutlak kaum lelaki. Objektif terakhir kajian ialah menilai semula tanggapan feminis Barat terhadap wanita di Negara-negara Dunia Ketiga dengan memberi fokus terhadap kaum wanita di India dan Nigeria dalam konteks setempat. Kajian ini menggunakan tiga prinsip “Kritikan Terhadap Hegemoni Barat” yang dikemukakan oleh Chandra Talpade Mohanty iaitu; Wanita Sebagai Kategori Analisis, Metodologi Universal dan Kekuasaan Subjek. Aplikasi tiga prinsip ini menghubungkan dimensi-dimensi perdebatan semasa terhadap wanita dan sistem patriarkal yang wujud dalam bentuk diskriminasi, ketaksamaan hak, hierarki, taraf terpinggir dan kedudukan wanita dalam masyarakat. Kajian mendapati bahawa bacaan dan tafsiran semula sistem budaya, adat, sosial, politik dan ekonomi di India dan Nigeria menunjukkan sistem patriarkal setempat harus difahami dari sudut kepelbagaian, kerumitan, kedinamikan dan tidak boleh dihakimi mengikut kayu ukur Barat. Dapatan kajian menunjukkan konsep universal dalam kalangan wanita di seluruh dunia sukar dicapai disebabkan pengalaman hidup yang berbeza yang dilalui wanita dari negara penjajah dan negara dijajah. Pengarang wanita dari India dan Nigeria menampilkan pengalaman hidup wanita dari perspektif setempat dan memahami perjuangan, kekuatan, kecekalan, cabaran, ketabahan dan keistimewaan kaum wanita Dunia Ketiga dalam mempersembahkan realiti kehidupan wanita dalam sistem patriarkal setempat. Kajian ini mendapati bahawa tanggapan dan konsep universal feminis Barat terhadap kaum wanita di Negara-negara Dunia Ketiga adalah tidak tepat kerana mereka gagal memahami pengalaman hidup kaum wanita ini dari konteks setempat.
Description
Keywords
Sistem Patriarkal
Citation