Pembinaan Dan Kesan Modul Pintas Terhadap Motivasi Pencapaian, Kemahiran Belajar Dan Prestasi Akademik Mahasiswa Berpencapaian Rendah

dc.contributor.authorRahman, Ahmad Razif Abd
dc.date.accessioned2022-02-23T07:34:00Z
dc.date.available2022-02-23T07:34:00Z
dc.date.issued2021-05
dc.description.abstractKajian ini bertujuan membina Modul PiNTAS (Program Intervensi Akademik Siswa) serta menguji kesannya terhadap motivasi pencapaian, kemahiran belajar dan prestasi akademik mahasiswa berpencapaian rendah. Fasa pertama kajian ini adalah melibatkan pembinaan Modul PiNTAS menggunakan Model Pembinaan Modul Sidek yang mengandungi dua fasa utama iaitu (i) Penyediaan Draf Modul, dan (ii) Mencuba dan Menilai Modul. Manakala fasa kedua kajian ini melibatkan pengujian kesan Modul PiNTAS terhadap motivasi pencapaian, kemahiran belajar dan prestasi akademik dalam kalangan mahasiswa berpencapaian rendah. Kesahan Modul PiNTAS dilaporkan pada tahap tinggi iaitu sebanyak 89.00 hasil analisis daripada sembilan orang penilai pakar. Manakala kebolehpercayaan Modul PiNTAS pula mencatatkan nilai Cronbach’s Alpha melebihi 0.70 iaitu 0.908. Reka bentuk kajian kuasi-eksperimen ujian pra dan pasca satu kumpulan digunakan dalam kajian ini. Seramai 14 responden yang terdiri dalam kalangan mahasiswa berpencapaian rendah (GPA di bawah 2.5) daripada tiga buah universiti awam telah dilibatkan. Modul PiNTAS menggunakan pendekatan kaunseling (6 sesi) dan bimbingan (3 sesi) yang merentasi tiga fasa utama iaitu, Pengesanan, Pemulihan dan Pengupayaan. Data kajian dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Instrumen Motivasi Pencapaian (IMP) dan Instrumen Kemahiran Belajar (IKB) digunakan untuk mengukur motivasi pencapaian dan kemahiran belajar responden. Manakala prestasi akademik diukur melalui perbandingan keputusan peperiksaan akhir responden. Hasil kajian dianalisis menggunakan gabungan analisis perihalan (numerikal dan grafikal), inferensi (pengujian t dengan dua sampel bergantungan) dan analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan Modul PiNTAS berkesan dalam meningkatkan motivasi pencapaian (t = -4.102, p = 0.001), kemahiran belajar (t = -6.958, p = 0.000) dan prestasi akademik (GPA) responden. Hasil analisis kandungan telah berjaya menghuraikan dengan lebih terperinci tentang keberkesanan Modul PiNTAS. Hal ini membuktikan bahawa modul PiNTAS telah berjaya meningkatkan motivasi pencapaian, kemahiran belajar dan prestasi akademik mahasiswa berpencapaian rendah di universiti.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/14754
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectEducationen_US
dc.titlePembinaan Dan Kesan Modul Pintas Terhadap Motivasi Pencapaian, Kemahiran Belajar Dan Prestasi Akademik Mahasiswa Berpencapaian Rendahen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: