Konsep Al-Ta'jil Dan Al-Ta'khir Dan Kefahaman Tentang Amalannya Dalam Ibadah Solat Di George Town Pulau Pinang

Loading...
Thumbnail Image
Date
2011
Authors
Hassan, Nazrul
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Ibadah solat fardu (al-maktubah) mempunyai kedudukan yang sangat tinggi dan mulia pada sisi Allah s.w.t. Berdasarkan kedudukan ini, syarak mewajibkan umat Islam melaksanakan ibadah ini sebanyak lima waktu pada setiap hari secara berjemaah ataupun bersendirian. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji konsep menyegerakan (al-ta‘jil) dan melewatkan (al-ta’khir) dalam ibadah solat fardu dan kaedah-kaedahnya yang terkandung dalamnya bagi mengenal pasti secara umum kaedah (al-ta‘jil) dan (al-ta’khir) dari perspektif pelbagai mazhab. Langkah ini adalah untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam pelaksanaan solat fardu masa kini. Kajian dilakukan dengan menyelidik pandangan-pandangan ulama fikah yang rajih melalui kitab-kitab fikah. Kajian juga melakukan soal selidik ke atas masyarakat Islam di George Town bagi melihat aspek amalan dan kefahaman. Kefahaman berhubung konsep ini dipercayai dapat memudahkan pelaksanaan ibadah solat dan meningkatkan kualitinya. Kajian mendapati konsep (al-ta‘jil) dan (al-ta’khir) merupakan salah satu kelonggaran (rukhsah) dalam syarak iaitu ada ketika solat disegerakan dan ada ketika solat dilewatkan. Kajian juga mendapati bahawa masalah dan kesukaran yang timbul berhubung pelaksanaan solat fardu adalah berpunca daripada kurang pengetahuan berhubung konsep al-ta‘jil dan al-ta’khir.
Description
Keywords
Konsep al-ta'jil dan al-ta'khir , kefahaman tentang amalannya
Citation