Pensejarahan Kedah Tua : Satu Analisis Sosioekonomi

dc.contributor.authorKhaw, Nasha Rodziadi
dc.date.accessioned2019-01-08T07:50:29Z
dc.date.available2019-01-08T07:50:29Z
dc.date.issued2011-08
dc.description.abstractTesis ini merupakan satu kajian pensejarahan yang melibatkan penilaian semula terhadap kajian-kajian terdahulu dari aspek politik, sosiobudaya, pola penempatan dan urutan kronologi Kedah Tua. Tafsiran semula dari aspek pensejarahan yang dibuat tersebut adalah berlandaskan kepada persekitaran sosioekonomi masyarakat Kedah Tua. Kajian dalam tesis ini bertujuan untuk mengumpul dan mengkompilasi kesemua data-data mengenai Kedah Tua, mentafsir semula data yang dikumpul, menjawab semula persoalan mengenai struktur sosial Kedah Tua dan menyediakan urutan kronologi perkembangan Kedah Tua. Tesis ini merupakan satu gambaran secara holistik mengenai Kedah Tua. Metodologi kajian tesis ini melibatkan pertimbangan pensejarahan pada kajian terdahulu, pengumpulan data, tafsiran data dan perbincangan struktur sosial dan kronologi Data yang dipertimbangkan dalam kajian ini termasuklah data arkeologi, sumber bertulis, data geomorfologi dan data etnologi. Data arkeologi yang terdiri daripada hasil kajian terdahulu dikompilasi dan dianalisis semula secara kualitatif dan kuantitatif. Gambaran yang diberikan sumber bertulis asing mengenai Kedah Tua turut dibahas dengan lanjut. Kesemua sumber-sumber tersebut ditafsir semula mengikut konteks persekitaran geomorfologi, etnologi dan sosioekonomi masyarakat Kedah Tua. Kajian dalam tesis ini telah membuktikan bahawa wujud dua organisasi politik yang berasingan yang wujud serentak di Kedah Tua. Dari segi sosiobudaya, kemungkinan sebahagian besar masyarakat Kedah tidak mengalami proses Indianisasi. Kajian ini telah membuktikan bahawa urutan kronologi sejarah Kedah Tua telah bermula sejak kurun ke-2 hingga ke-14 Masihi.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/7493
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPensejarahan Kedah Tuaen_US
dc.subjectanalisis sosioekonomien_US
dc.titlePensejarahan Kedah Tua : Satu Analisis Sosioekonomien_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: