Biologi Dan Ekologi Ny Amuk Aedes Albopictus (Skuse) Dan Htjbungkaitnya Dengan Demam Denggi Dan De1viaivl Denggi Berdarah Di Kota Bharu Dan Ktjhang Kerian, Kelantan

Loading...
Thumbnail Image
Date
2004-01
Authors
Abu Bakar, Azlinda
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian terhadap biologi dan ekologi nyamuk Aedes albopictus dan hubungkaitnya dengan denggi telah dijalankan di Kota Bharu dan Kubang Kerian, Kelantan selama 13 bulan, dari Mei 2001 sehingga Mei 2002. Kawasan Kg. Sg. Keladi, mewakili Kota Bharu manakala kampus USM, Kubang Kerian mewakili Kubang Kerian. Pemerhatian terhadap komposisi spesies-spesies nyamuk di kawasan tapak kajian menunjukkan terdapat 5 jenis spesies di Kota Bharu dan Kubang Kerian. Spesies-spesies tersebut adalah Aedes_ albopictus, Armigeres sp, Culex gelidus, Culex quinquefasciatus dan Mansonia sp. Aktiviti menggigit nyarnuk Ae. albopictus dari kedua-dua kawasan boleh dibahagikan kepada dua waktu puncak utama iaitu pada awal pagi Gam 0700- 1200) dan pada lewat petang Gam 1500 - 2100). Strain nyamuk dari Kota Bharu didapati lebih aktif menggigit pada waktu petang berbanding strain Kubang Kerian pada waktu pagi. Aktiviti menggigit juga didapati berkorelasi dengan kelembapan bandingan. Bilangan nyamuk yang datang menggigit bertambah apabila kelembapan bandingan meningkat. Aktiviti menggigit didapati berlaku dengan aktifuya pada julat kelembapan bandingan antara 66 % sehingga 95 %. Merujuk kepada kajian terhadap biologi dan kitar hidupnya purata bilangan telur-telur yang boleh dihasilkan oleh seekor nyamuk betina dewasa adalah 55.50 (Kota Bharu) dan 61.83 (Kubang Kerian). Purata masa perkembangan dari peringkat larva sehingga dewasa mengambil masa 7.64 hari (Kota Bharu) dan 8.11 hari (Kubang Kerian). Ujian status kerentanan terhadap insektisid DDT 4.0 %, Malathion 5.0 % dan Permethrin 0.75 % bagi nyamuk dari kedua-dua kawasan menunjukkan xv Permethrin 0.75 % adalah merupakan agen pengsan yang paling berkesan. Nilai KT 50 yang diperolehi adalah 21.04 minit (Kota Bharu) dan 19.37 minit (Kubang Kerian). DDT 4.0 % pula adalah merupakan agen pengsan yang paling kurang berkesan. Nilai KT 50 yang diperolehi adalah 67.49 minit (Kota Bharu) dan 65.21 minit (Kubang Kerian). Daripada pengiraan yang dijalankan didapati nyamuk dari kedua-dua kawasan menunjukkan sifat kerintangan masing-masing terhadap insektisid-insektisid. Walau bagaimanapun dari kadar mortaliti (julat antara 97 % sehingga 100 %) yang diperolehi, didapati pengawalan populasi menggunakan insektisid masih lagi praktikal. Secara keseluruhannya diperhatikan bahawa, populasi nyamuk tidak berkorelasi dengan bilangan kes denggi, curahari hujan, kelembapan bandingan dan suhu di kedua-dua kawasan kajian. Populasi nyamuk paling tinggi dicatatkan di Kota Bharu adalah pada bulan Februari 2002 (2918 ekor) dan di Kubang Kerian pula pada bulan Oktober 2001 (2704 ekor). Populasi terendah yang diperhatikan di Kota Bharu adalah pada bulan Mei 2001 (809 ekor) dan di Kubang Kerian pula adalah pada bulan Mac 2002 (643 ekor). Kota Bharu mencatatkan bilangan kes denggi tertinggi setiap bulan berbanding Kubang Kerian. Kejadian kes denggi paling tinggi di Kota Bharu adalah pada bulan Julai 2001 (65 kes) dan paling rendah adalah pada bulan Disember 2001 (13 kes). Manakala bagi Kubang Kerian bilangan kes paling tinggi adalah pada bulan Januari 2002 (19 kes) dan paling rendah adalah pada November 2001, April dar Mei 2002 (tiada kes dilaporkan). Kejadian kes denggi juga didapati berkait rapat dengan faktor lokaliti. Kawasan perumahan didapati merekodkan kejadian denggi yang tinggi berbanding lo~aliti yang lain.
Description
Keywords
Biologi dan ekologi nyamuk Aedes albopictus , dan hubungkaitnya dengan denggi
Citation