Kesan Kaedah Pengajaran Berasaskan Model TOCFE Terhadap Kemahiran KBKK Dan Minat Murid Tingkatan Empat Dalam Mata Pelajaran Sejarah

dc.contributor.authorAbu Bakar, Jubaida @ Munah
dc.date.accessioned2019-01-08T07:36:36Z
dc.date.available2019-01-08T07:36:36Z
dc.date.issued2011-11
dc.description.abstractKajian ini bertujuan mengenal pasti kesan penggunaan kaedah pengajaran berasaskan model ‘Theory of Constraints For Education” (TOCFE) dalam mata pelajaran Sejarah Tingkatan Empat. Kajian ini berbentuk kuasi eksperimen iaitu membandingkan kesan pengajaran menggunakan kaedah TOCFE berbanding pengajaran menggunakan kaedah konvensional terhadap pencapaian dan minat murid tingkatan empat dalam mata pelajaran Sejarah. Sampel kajian terdiri daripada 132 murid Tingkatan Empat di dua buah sekolah menengah di daerah Tawau, Sabah. Sekolah Menengah Kebangsaan A dipilih sebagai sebagai Kumpulan Eksperimen manakala Sekolah Menengah Kebangsaan B sebagai Kumpulan Kawalan. Sampel kajian dipilih berdasarkan keputusan PMR 2008 dengan tahap pencapaian sederhana. Kumpulan Eksperimen didedahkan dengan kaedah pengajaran berasaskan model TOCFE manakala Kumpulan Kawalan didedahkan dengan kaedah pengajaran konvensional. Bab lapan dalam Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan Empat dijadikan bahan pengajaran bagi responden. Soal selidik, ujian pemahaman Sejarah (pra dan pos) dan borang pencerapan digunakan sebagai alat ukur bagi mendapatkan maklumat berkaitan pencapaian dan minat murid dalam mata pelajaran Sejarah. Penyelidik telah menggunakan ujian ANCOVA untuk menganalisis data yang diperoleh daripada soal selidik, pra ujian dan pasca ujian mata pelajaran Sejarah. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan signifikan di antara Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan dalam pencapaian dan minat murid dalam skor ujian dan soal selidik yang diberikan. Murid Kumpulan Eksperimen yang didedahkan dengan pengajaran menggunakan kaedah TOCFE memperoleh pencapaian yang lebih tinggi dalam ujian yang diberikan. Dapatan soal selidik juga menunjukkan murid yang didedahkan dengan kaedah TOCFE lebih berminat dengan pengajaran guru dan mata pelajaran Sejarah.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/7492
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPengajaran berasaskan model TOCFE terhadap kemahiran KBKKen_US
dc.subjectmurid tingkatan empat dalam mata pelajaran sejarahen_US
dc.titleKesan Kaedah Pengajaran Berasaskan Model TOCFE Terhadap Kemahiran KBKK Dan Minat Murid Tingkatan Empat Dalam Mata Pelajaran Sejarahen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: