Penglibatan Ibu Bapa India Dalam Pendidikan Anak-Anak: Satu Kajian Perbandingan Di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Dan Sekolah Kebangsaan Di Daerah Kerian, Perak Darul Ridzuan
Loading...
Date
2011-02
Authors
N Vellymalay, Suresh Kumar
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini memberi perhatian kepada penglibatan ibu bapa pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil SJK(T) dan Sekolah Kebangsaan (SK) dalam pendidikan anak di daerah Kerian, Perak Darul Ridzuan. Bagi pengumpulan data kuantitatif daripada sampel ibu bapa pelajar, sebanyak 300 orang pelajar India dipilih mengikut persampelan rawak berlapis. Daripada jumlah tersebut, 150 orang pelajar terdiri daripada pelajar-pelajar SJK(T) yang berada di Tahun Tiga, Tahun Empat dan Tahun Lima iaitu 50 orang pelajar dari setiap Tahun. Selebihnya 150 pelajar lain terdiri daripada pelajar-pelajar SK yang berada di Tahun Tiga, Tahun Empat dan Tahun Lima iaitu 50 orang pelajar dari setiap Tahun. Berdasarkan jumlah 300 orang pelajar tersebut, salah seorang sama ada ibu atau bapa bagi setiap pelajar dipilih (atas pandangan anak tentang individu yang paling banyak meluangkan masa bersamanya dalam membantu pendidikannya) untuk dijadikan respondan kajian bagi sampel ibu bapa ini. Analisis kuantitatif digunakan untuk menentukan strategi-strategi penglibatan ibu bapa pelajar SJK(T) dan SK dalam pendidikan anak masing-masing. Analisis kuantitatif juga digunakan untuk menentukan sejauhmana latar belakang sosio-ekonomi memberi kesan kepada penglibatan ibu bapa ke atas pendidikan pelajar-pelajar India di SJK(T) dan SK di daerah Kerian, Perak Darul Ridzuan. Selain itu, penekanan juga diberikan kepada faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan dalam penglibatan ibu bapa antara SJK(T) dan di daerah tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa pelbagai strategi digunakan oleh ibu bapa pelajar SJK(T) dan SK untuk melibatkan diri dalam pendidikan anak mereka. Daripada analisis data kuantitatif ini, didapati bahawa latar belakang sosioekonomi iaitu taraf pendidikan, pekerjaan, pendapatan dan pendapatan isi rumah kurang mempengaruhi penglibatan ibu bapa pelajar SJK(T) dalam pendidikan anak. Namun demikian, latar belakang sosioekonomi ini menunjukkan pengaruh yang lebih tinggi dalam kalangan ibu bapa pelajar SK. Taraf pendidikan merupakan dikenal pasti sebagai pembolehubah yang paling penting dalam mempengaruhi penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak.
Description
Keywords
Penglibatan ibu bapa pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil , dalam pendidikan anak di daerah Kerian, Perak Darul Ridzuan