Analisis Akad-Akad Yang Digunakan Dalam Produk Pembiayaan Perumahan Islam: Kajian Di Bank-Bank Terpilih

Loading...
Thumbnail Image
Date
2019-11
Authors
Muhammad Fathullah Al Haq Muhamad Asni
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Perbankan Islam di Malaysia menawarkan pembiayaan perumahan Islam melalui kontrak tawarruq munazzam, bay’ bithaman ‘ajil (BBA), musharakah mutanaqisah (MM), ijarah muntahiyyah bi al-tamlik (IMBT) dan ijarah mausufah fi al-dhimmah (IMFD). Kontrak-kontrak tersebut dibentuk melalui gabungan (hibrid) akad-akad muamalat Islam yang bersifat tunggal seperti ijarah dan al-bay’ kerana ingin disesuaikan dengan sistem perbankan moden. Walau bagaimanapun, sebilangan produk tersebut didakwa sebagai tidak selari dengan kehendak syarak. Sedangkan dalam masa yang sama, bank-bank yang berkaitan mendakwa produk mereka adalah selari dengan kehendak syarak oleh para penasihat Syariah bank masing-masing.
Description
Keywords
Analisis Akad-Akad Yang Digunakan , Dalam Produk Pembiayaan Perumahan Islam
Citation