Pembangunan Metodologi Pemilihan Dan Penilaian Teknologi Memproses Sisa Industri Kelapa Sawit Menggunakan Kaedah Analisis Hierarki Proses
Loading...
Date
2018-04-01
Authors
Ishak, Aulia
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Sisa buangan cecair dan pepejal yang dihasilkan oleh industri kelapa sawit banyak
menyumbang kepada kerosakan alam sekitar jika ia tidak dikendalikan dengan baik.
Sisa tersebut terdiri sebanyak 70% daripada jumlah sebenar bahan mentah yang
dimana hampir separuh dalam bentuk cecair. Keadaan menjadi lebih buruk kerana
industri ini semakin berkembang setiap tahun. Pihak industri kelapa sawit harus
mempunyai teknologi pemprosesan sisa yang mesra alam dan mampu memberikan
nilai tambah. Terdapat banyak alternatif untuk memproses sisa industri kelapa sawit,
bermula dari teknologi paling canggih sehingga teknologi konvensional. Kesukaran
untuk memilih dan menilai dan melaksanakan teknologi paling tepat bagi syarikat
tertentu dari pelbagai teknologi alternatif menjadi permasalahan yang utama. Oleh
itu, sebuah Sistem Sokongan Keputusan (SSK) telah dibangunkan untuk membantu
mengenal pasti, menilai dan memilih teknologi memproses sisa industri itu. Di dalam
penyelidikan ini, tiga operasi telah dibangunkan dalam MySQL iaitu sebuah
pengkalan data untuk teknologi pemprosesan sisa; Pengenalan kriteria menggunakan
pendekatan Analisis Hierarki Proses (AHP) dan Kaedah analisis data yang diguna
pakai. Nilai penilaian teknologi pemprosesan yang digunakan terdiri daripada nilai
nominal dari empat perspektif, iaitu dari aspek ekonomi, alam sekitar, dan teknologi.
Pengesahan program pemilihan teknologi pemprosesan sisa membuktikan bahawa
peringkat dan hasil analisis program telah selaras dengan objektif pemodelan dimana
hubungan input dan output serta konsep logik model yang direka bentuk telah tepat
mewakili masalah yang dikaji . Kaedah AHP juga sebagai alat terbukti sesuai untuk
proses membuat keputusan pemilihan teknologi pemprosesan sisa. Perlu ada
pelarasan untuk melaksanakan model ini di industri kelapa sawit, oleh itu pengkalan
data perisian boleh dikemaskini dan algoritma program boleh di ubah suai menurut
keperluan pengguna. Kajian ini dapat membantu dalam usaha membuat keputusan
dan mengoptimumkan pemprosesan semula sisa cecair dan pepejal kilang kelapa
sawit.