Konsep Tiada Paksaan Beragama Dalam Islam Kajian Pemikiran Muhammad Rasyid Rida

Loading...
Thumbnail Image
Date
2011-04
Authors
Dumidae, Muhammad
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Tesis ini membincangkan tentang beberapa pendapat seorang tokoh reformis Islam, Sheikh Muh ammad Rasyid Rid a , dalam tafsirnya terhadap ayat ‘ ’ (tiada paksaan dalam agama [Al-Baqarah: 256]) dan hubungannya dengan jenayah murtad. Tesis ini juga menganalisa perselisihan yang wujud antara pendapat beliau dan pendapat para fuqaha dan ahli tafsir yang lain berkenaan tafsir ayat tersebut termasuklah pendapat berkaitan hukuman bunuh ke atas orang murtad. Tesis ini sangat penting untuk dibahaskan memandangkan masih tiada sebarang penyelidikan khusus yang dilakukan terhadap tafsir ayat tersebut menurut pandangan beliau, begitu juga dengan persoalan hukuman bunuh ke atas orang murtad yang masih dipertikaikan pada hari ini. Tambahan lagi, isu ini perlu dikaji dan dibincangkan memandangkan ia mempunyai impak yang besar terhadap seluruh umat Islam, khasnya masyarakat Muslim di Malaysia. Oleh itu, tesis ini menghimpunkan dan menganalisa pendapat Sheikh Mu ammad Rasyid Ri a serta komen-komen beliau terhadap isu konsep tiada paksaan beragama dalam Islam dan hukuman orang murtad. Sumber kajian diperolehi melalui penelitian terhadap karya Sheikh Mu ammad Rasyid Ri a , terutamanya karya agung beliau, Tafsir Al-Mana r dan Majalah Al-Mana r. Hasil kajian mendapati terdapat banyak salah faham yang timbul berikutan penyalahtafsiran ayat tersebut. Maka, tesis ini mengenengahkan dalil-dalil yang jelas berdasarkan pendapat-pendapat beliau yang bertentangan dengan sarjana Islam yang lain agar isu ini dapat diselesaikan.
Description
Keywords
Freedom of religion
Citation