Peranan Aktiviti Penyelidikan, Pembangunan Dan Pengkomersilan Di Universiti Sains Malaysia Terhadap Penjanaan Pengetahuan Dan Inovasi Dalam Pembangunan Bandar

Loading...
Thumbnail Image
Date
2012-02
Authors
Hanafi, Nurhazliyana
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Inovasi dan ilmu pengetahuan adalah merupakan pemacu dalam pembangunan bandar masa kini. Sebagai prasyarat, suatu ekosistem inovasi berkesan diperlukan dalam menjayakan proses penghasilan inovasi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan disokong oleh hubung jalin yang bercorak simbiosis antara IPT-Industri-Pemerintah seperti yang berlaku di negara maju. Penyelidikan ini membincangkan tentang peranan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam penghasilan idea, penjanaan ilmu pengetahuan dan produk baru melalui aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan. Objektif kajian ialah (i) untuk mengenal pasti aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan, (ii) untuk menilai proses penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan yang dijalankan dalam menghasilkan produk dan ilmu pengetahuan baru untuk dipasarkan, (iii) untuk menilai masalah yang wujud dan (iv) mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan dalam proses penghasilan inovasi dan ilmu pengetahuan melalui aktiviti pengkomersilan hasil penyelidikan di USM. Beberapa kaedah kajian digunakan termasuklah analisis kandungan dilakukan untuk menilai usaha, strategi, dasar dan sistem pentadbiran USM dalam proses penghasilan penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan. Temu bual mendalam dijalankan terhadap 10 orang responden yang terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan paling berjaya dalam aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan di USM. Penemuan kajian menunjukkan bahawa USM mempunyai asas dan proses ekosistem inovasi dalaman yang terbina dan mantap melalui pelbagai strategi yang telah dijalankan sejak tahun 2000. Hasil penyelidikan USM telah berjaya dipasarkan hampir ke 20 buah negara di dunia. Namun begitu, kejayaan ini masih pada tahap yang sederhana dan usaha untuk mewujudkan ekosistem inovasi berkesan perlu diperkukuhkan. Kajian mendapati untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang mantap, pembiayaan dana penyelidikan perlu konsisten dan ditingkatkan khususnya daripada sektor swasta, inovasi dan aktiviti pengkomersilan perlu dibudayakan dalam kalangan penyelidik dan pihak industri, sokongan inovasi iaitu Pejabat Inovasi, RCMO, USAINS, Sanggar Sains dan sains@usm perlu lebih mantap dan meminimumkan „mismatch‟ serta jurang komunikasi antara IPT-Industri-Pemerintah. Penghasilan produk dan teknologi yang murah, kecil, mudah dan memenuhi kehendak pelanggan adalah penting untuk menjayakan proses penghasilan inovasi yang berkesan. Justeru, hubung jalin IPT-Industri-Pemerintah berbentuk simbiosis perlu lebih ikrab dalam usaha membentuk sebuah ekosistem inovasi yang padu bagi membolehkan proses penghasilan inovasi dan pengkomersilan produk berkesan berlaku dan memberi impak positif kepada pembangunan bandar.
Description
Keywords
Peranan aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan , penjanaan pengetahuan dan inovasi dalam pembangunan bandar
Citation