Keberkesanan Aplikasi Swot Dalam Efikasi Dan Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi Semasa Praktikum
Loading...
Date
2015-09
Authors
BOON KEAT, CHUAH
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian dijalankan dengan tujuan untuk mengkaji perhubungan antara
penggunaan borang matriks SWOT dengan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran Geografi dalam kalangan guru pelatih semasa Praktikum. Seramai 270
orang guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Zon Utara terlibat dalam
kajian. Responden diminta menjawab Soal Selidik Skala Efikasi Kendiri Umum untuk
mengukur penambahbaikan berkala dari segi efikasi kendiri para guru pelatih selepas
penggunaan borang matriks SWOT semasa Praktikum. Soal Selidik Skala Efikasi
Kendiri Umum merangkumi 20 soalan yang perlu dijawab menggunakan Skala Likert 4
poin. Soal Selidik Skala Efikasi Kendiri Umum telah diubahsuai daripada skala yang
diaplikasikan di Jerman oleh Matthias Jerusalem dan Ralf Schwarzer. Data yang
diperoleh dianalisis dengan menggunakan Analisis ANOVA satu hala dan Korelasi
Pearson (r). Triangulasi data juga dilakukan menerusi kaedah temu bual, pencerapan
serta analisis borang pemarkahan pensyarah-pensyarah pembimbing dan guru-guru
pembimbing. Analisis ANOVA satu hala menunjukkan perbezaan ketara min yang pada
paras keertian 0.01. Oleh kerana nilai p < 0.01, Ho ditolak dan Ha diterima. Dengan
demikian, hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan min positif yang ketara
antara skor-skor praktikum yang diberi oleh pensyarah pembimbing dan guru
pembimbing sebelum dan selepas penggunaan borang matriks SWOT. Ini bermakna
penggunaan borang matriks SWOT telah berjaya meningkatkan keberkesanan efikasi
dan refleksi pengajaran dan pembelajaran Geografi semasa praktikum. Hasil dapatan
kajian juga menunjukkan korelasi positif antara jumlah skor item dalam Soal Selidik
Skala Efikasi Kendiri Umum dengan skor-skor praktikum pensyarah pembimbing dan
guru pembimbing. Pengisian borang matriks SWOT oleh guru-guru pelatih semasa
Praktikum didapati selaras dengan Teori Efikasi Kendiri (“Self Efficacy”) Albert
Bandura (1997) yang menekankan bahawa pemikiran, jangkaan dan kepercayaan
seseorang itu berkait rapat dengan kesan tingkah lakunya. Antara faktor yang penting
dalam meningkatkan keberkesanan kendiri guru pelatih adalah pengalaman yang telah
dilalui oleh diri mereka sendiri iaitu refleksi kendiri (“self reflection”) dan tidak hanya
bergantung kepada pemindahan dan penguasaan ilmu pendidikan yang berlaku semasa
berada dalam bilik kuliah di Institut Pendidikan Guru. Justeru itu, adalah disyorkan agar
penggunaan borang SWOT digunakan dalam penilaian skor praktikum guru pelatih
berdasarkan Model Refleksi Kendiri Praktikum yang dikemukakan dalam kajian ini.
Borang penilaian praktikum PR1 yang digunakan oleh Institut Pendidikan Guru
Malaysia (IPGM) pada hari ini juga dicadangkan dibuat penambahbaikan pada ruangan
“Bahagian C : Amalan Refleksi”. Selain itu, borang matriks SWOT dan Efikasi Kendiri
Praktikum boleh diisi oleh guru pelatih secara atas talian (“online”) agar satu pangkalan
data dapat diwujudkan sebagai satu sumber rujukan digital Unit Praktikum IPGM dalam
memperkasakan profesionalisme keguruan di Malaysia.
Description
Keywords
Keberkesanan Aplikasi Swot Dalam Efikasi Dan Refleksi Pengajaran , Dan Pembelajaran Geografi Semasa Praktikum