Ramalan Dan Kawalan Keluaran Nox Dari Enjin Diesel Satu Selinder Menggunakan Rangkaian Neural Buatan

dc.contributor.authorMAHMOOD, MOHD MAHADZIR MOHAMMUD
dc.date.accessioned2016-08-10T01:52:00Z
dc.date.available2016-08-10T01:52:00Z
dc.date.issued2004-06
dc.description.abstractKerja tesis ini berkenaan dengan kajian ujikaji dan simulasi komputer yang digunakan untuk membina model-model yang sesuai untuk ramalan dan kawalan keluaran nitrogen oksida (NOx) daripada enjin Diesel Yanmar L60AE-D satu selinder suntikan terus. Hari ini, enjin Diesel merupakan antara loji kuasa yang terbaik di kalangan semua jenis enjin pembakaran dalam. Walau bagaimanapun, NOx yang terkandung di dalam gas ekzos enjin Diesel telah dikenal pasti sebagai elemen yang bertanggungjawab mencemarkan atmosfera kita dan menyebabkan masalah-masalah kesihatan. Untuk mengurangkan keluaran pencemaran enjin Diesel, dua aplikasi berdasarkan kepada model-model rangkaian neural buatan telah dibangunkan. Aplikasi pertama adalah untuk mendapatkan model ramalan kepekatan keluaran NOx di bawah keadaan kendalian pelbagai. Struktur rangkaian neural buatan suap depan telah dipilih bersama dengan prosedur latihan perambatan belakang bagi model ramalan ini. Empat parameter kendalian (halaju enjin, N; beban enjin, Lo; suhu ekzos, Te dan nisbah udara bahan api, AlP) telah digunakan sebagai data masukan semasa proses pemodelan. Pemodelan dilaksanakan dengan pengambilan pelbagai set ukuran untuk mempelajari bagaimana untuk meramalkan keluaran NOx daripada empat parameter kendalian. Nilai-nilai ramalan yang didapati dibandingkan dengan nilai-nilai ujikaji. Kajian menunjukkan •ahawa keputusan-keputusan ramalan adalah dalam kesamaaan baik dengan nilai-nilai ujikaji, iaitu dalam lingkungan kurang daripada 9 % ralat relatif. Bagi aplikasi kedua pula, pendekatan kepada kawalan rujukan model (MRC) berasaskan rangkaian neural disarankan dan dianalisis bagi sistem dinamik tak lelurus. Pada tugas tentu pemodelan, model loji rangkaian neural (NNPM) dibina sebagai pengenal pasti untuk kenaI pasti sistem loji yang hendak dikawal melalui pemerhatian dan ia digunakan untuk melatih pengawal. Pada tugas tentu kawalan pula, model kawalan rangkaian neural (NNCM) dibina sebagai pengawal yang mempunyai kelakuan sehampir mungkin kepada model rujukan yang digunakan. Struktur NNCM dan NNPM menggunakan struktur rangkaian neural buatan suap depan dengan algoritma latihan perambatan belakang. Kajian menunjukkan bahawa keputusan NNPM dan NNCM juga berada dalam kesamaaan baik dengan nilai sebenar dan nilai rujukan yang digunakan, di mana ralat relatif 0 % dan 0.01337 % diperolehi .en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2403
dc.subjectRamalan Dan Kawalan Keluaran Nox Dari Enjin Diesel Satu Selinderen_US
dc.subjectMenggunakan Rangkaian Neural Buatanen_US
dc.titleRamalan Dan Kawalan Keluaran Nox Dari Enjin Diesel Satu Selinder Menggunakan Rangkaian Neural Buatanen_US
dc.typeThesisen_US
Files
Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
MOHD MAHADZIR MOHAMMUD @MAHMOOD.pdf
Size:
5.18 MB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: