Penyediaan Rumah Mampu Milik Di Malaysia

Loading...
Thumbnail Image
Date
2011-12
Authors
Saidin, Mustaffa Al Bakri
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian telah menunjukkan bahawa penyediaan rumah mampu milik (RMM) oleh pihak kerajaan dan swasta di dapati terletak jauh dari tempat kerja dan tidak mempunyai kemudahan awam yang mencukupi. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk menganalisis perlakuan badan dan agensi kerajaan apabila menyediakan RMM di Semenanjung Malaysia. Kajian ini menilai sama ada kerajaan benar-benar membangunkannya di lokasi strategik dan menyediakan kemudahan awam apabila berhadapan dengan situasi pemajuan harian. Teknik temu bual kualitatif dimanfaatkan agar kajian secara mendalam dilaksanakan pada bilangan responden yang kecil. Temu bual dilaksanakan dengan kerajaan persekutuan diikuti oleh badan dan agensi kerajaan yang memajukan RMM. Seterusnya proses ini melibatkan pemilihan kaedah pengumpulan data, kerja-kerja pengumpulan data di lapangan dan kerja menganalisis data. Data ini kemudiannya dianalisis dengan menggunakan analisis kualitatif, iaitu kaedah suntingan. Penyelidikan ini mendapati bahawa pelakuan badan dan agensi kerajaan tidak berjaya memastikan pemajuan RMM dibina di lokasi yang strategik dan tidak menyediakan kemudahan awam yang mencukupi. Perkara ini berlaku disebabkan oleh kekurangan tanah dan peruntukan kewangan yang tidak mencukupi serta matlamat untuk mencapai jumlah unit RMM yang hendak dibina. Oleh itu penyediaan lokasi dan kemudahan yang baik akan hanya berlaku sekiranya kerajaan menanggung sebahagian daripada kos pembangunan dan kemudahan awam seperti yang dilakukan di negara maju.
Description
Keywords
Penyediaan rumah mampu milik , di Malaysia
Citation