Pendekatan Tiga Dimensi Multimedia Bagi Meningkat Kemahiran Visualisasi Spatial Dl Kalangan Pelajar Kognitif Rendah Dalam Tajuk Pelan Dan Dongakan

Loading...
Thumbnail Image
Date
2008-05
Authors
Abdul Rahman, Abdul Rashid
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini bertujuan mengkaji kesan animasi 3D berbeza tahap realistik dalam koswer multimedia terhadap pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Matematik bagi tajuk Pelan dan Dongakan. Dua mod persembahan koswer multimedia interaktif Pelan dan Dongakan telah direka bentuk serta dibangunkan secara sistematik berasaskan Model Reka Bentuk dan Pembangunan Pembelajaran Alessi & Trollip (2001) dan Adegan Pengajaran Gagne (1 985) yang dinamakan sebagai Tiga Dimensi Multimedia (30M) dan Tiga Dimensi Statik (30S). Simulasi mod persembahan koswer 30M yang dibangunkan oleh pengkaji berasaskan intervensi Teori Van Hiele dan Taksonomi SOLO (Structure of the Observed Learning Outcome) lalu membentuk satu kerangka konsepsual pembelajaran dikenali sebagai Visualisasi Tiga Dimensi Multimedia (V30M) yang berasaskan kepada Model Pemprosesan Maklumat (Gagne, Briggs & Wager, 1992) dan Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia (Mayer, 2001).
Description
Keywords
Tiga Dimensi , Visualisasi Spatial
Citation