Monsak, Seni Beladiri Masyarakat Batak Toba Sumatra:Perhubungan Di Antara Muzik, Gerakan Dan Menurun

Loading...
Thumbnail Image
Date
2015-12
Authors
Sinambela, Romiduk Maryono
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini adalah mengenai monsak, sebuah seni beladiri pada masyarakat Batak Toba yang merupakan sebuah hasil akulturasi dari pencak silat yang berasal dari kebudayaan Melayu. Dalam penyajiannya terdapat dua jenis iaitu pertunjukan monsak untuk sebuah hiburan dan pertarungan monsak. Pertunjukan monsak untuk hiburan disajikan dengan mengutamakan keindahan gerakan dimana para parmonsak menirukan gerakan-gerakan bertarung yang dipadukan dengan gerakan tortor. Sedangkan pertarungan monsak adalah sebuah pertarungan yang sesungguhnya dimana para parmonsak diperbolehkan untuk kontak fizik dengan tujuan mengalahkan lawan. Tesis ini menunjukkan perhubungan diantara muzik gondang sabangunan dengan gerakan monsak dan juga perhubungan antara muzik gondang sabangunan dengan sahop. Analisi terhadap kedua perhubungan di atas dilakukan kerana dalam setiap penyajian monsak baik dalam bentuk pertunjukan hiburan ataupun pertarungan, harus selalu diiringi oleh muzik gondang sabangunan. Terdapat satu repertoir yang dikhaskan untuk monsak iaitu repertoir gondang haro-haro–salah satu repertoiryang memiliki tempo cepat. Terdapat hubungan secara intrinsik dan ekstrinsik antara muzik gondang sabangunan dan monsak. Hubungan intrinsik dimanaterdapat beberapa gerakan tortor pada monsak yang dimainkan dengan mengikuti bit muzik gondang sabangunan. Sedangkan hubungan ekstrinsik terdapat pada emosional permainan gondang sabangunan dan emosional pada permainan monsak. Hubungan ekstrinsik ini lebih mempengaruhi dibandingkan dengan hubungan intrinsik dimana apabila monsak tidak diiringi oleh gondang sabangunan maka emosional para parmonsak tidak akan muncul dan menyebabkan sulitnya untuk menghasilkan gerakan-gerakan improvisasi. Dalam hal ini muzik gondang sabangunan menjadi salah satu pendorong semangat para parmonsak.Manusia memiliki keterbatasan kekuatan sehingga dalam sebuah pertarungan dibutuhkan kekuatan yang jauh lebih besar untuk boleh menghadapi lawan. Maka pada pertarungan monsak digunakan kekuatan ghaib. Kekuatan ghaib masuk ke dalam tubuh parmonsak sehingga mereka dalam keadaan tidak sadar walaupun tidak secara penuh. Para parmonsak merasakan ada sesuatu yang mengendalikan diri mereka. Keadaan ini disebut dengan sahop. Dalam kaitannya dengan muzik gondang sabangunan, untuk menuju kedalam keadaan sahop, muzik tetap memiliki peranan namun tidak secara langsung. Hal ini terbukti bahawa pada masa sebelum sahop sehingga dalam keadaan sahop, muzik tidak mengalami perubahan. Hubungan ekstrinsik lebih dominan pada masa ini dibandingkan hubungan intrinsik. Muzik tetap memiliki fungsi sebagai pendorong semangat dan pendorong emosional para parmonsak. Pada tingkat emosional yang tinggi, akan terjadi kontak emosional antar parmonsak yang sedang bertarung dan hal itulah yang dapat menimbulkan keadaan sahop. Tulisan ini diasaskan kepada penyelidikan secara langsung di lapangan iaitu di desa Huta Hotang kecamatan Onan Runggu kabupaten Samosir, Indonesia. Monsak sudah sangat sulit untuk ditemukan dan pertunjukannya sudah sangat jarang dilakukan pada masa sekarang. Sehingga untuk mendapatkan gambaran pertunjukan monsak maka dibuat sebuah pertunjukan dengan konsep yang sama dengan pertunjukan pada amnya pada masa dahulu. Dan kemudian pertunjukan ini dirakam dan dilakukan temubual bersama tiga orang parmonsak dan pargonsi guna mendapatkan data-data yang lebih akurat untuk nantinya dianalisis.
Description
Keywords
Seni beladiri , Masyarakat Batak Toba
Citation