Amalan Dan Cabaran Mengamalkan Nilai Dan Etika Kerja Sosial Dalam Kalangan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

dc.contributor.authorMd Noor, Amna
dc.date.accessioned2018-12-26T02:27:43Z
dc.date.available2018-12-26T02:27:43Z
dc.date.issued2013-06
dc.description.abstractElemen nilai dan etika dilihat sebagai faktor penting dalam pengekalan kompetensi praktis profesional kerja sosial. Ahli akademik dan pengamal kerja sosial telah berusaha membangunkan kaedah bagi mengekalkan nilai dan etika dalam profesion ini sejak mula kemunculan bidang ini lagi. Kajian ini merupakan satu kajian awal dalam konteks nilai dan etika dalam kerja sosial di Malaysia. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji amalan dan cabaran dalam mempraktikkan nilai dan etika kerja sosial dalam kalangan pekerja kebajikan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM). Antara objektif kajian ialah untuk menentukan sama ada pekerja kebajikan mengamalkan nilai dan etika kerja sosial serta mengenal pasti masalah yang mereka hadapi dalam mempraktikkannya. Kaedah kajian adalah berbentuk „triangulation‟ di mana kedua-dua kaedah utama iaitu kuantitatif dan kualitatif telah digunakan. Bagi kaedah kuantitatif ‟Skala Pendapat Profesional‟ (Professional Opinion Scale, POS) yang dibangunkan oleh Abbott (2003) telah digunakan. Kenyataan dalam skala ini mengandungi nilai-nilai asas profesional kerja sosial yang dilabelkan sebagai 1) Menghargai hak asasi, 2) Rasa tanggungjawab sosial, 3) komitmen terhadap kebebasan individu atau keadilan sosial dan 4) Sokongan terhadap keputusan kendiri. Satu kaedah lagi ialah penggunaan vignette yang merupakan 4 simulasi kes bagi mendapatkan gambaran bagaimana pekerja kebajikan mengamalkan nilai dan etika dalam praktis harian. Penganalisisan terhadap tindakan yang dinyatakan oleh pekerja kebajikan terhadap setiap simulasi kes dilakukan secara kualitatif. Kajian telah dijalankan ke atas 298 pekerja sosial di Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia yang bertugas di empat buah negeri di semenanjung Malaysia yang mewakili setiap zon iaitu Kedah, Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/7382
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectNilai Dan Etika Kerja Sosialen_US
dc.subjectPegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysiaen_US
dc.titleAmalan Dan Cabaran Mengamalkan Nilai Dan Etika Kerja Sosial Dalam Kalangan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysiaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: