Kesan Aktiviti ‘Brain Gym’ Terhadap Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Prasekolah

Loading...
Thumbnail Image
Date
2010
Authors
Goh Siew, Siew
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian yang berbentuk kuasi-eksperimen ini bertujuan menilai keberkesanan aktiviti ‘Brain Gym’ terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak prasekolah secara keseluruhan, dan secara khusus dalam tujuh aspek, iaitu dari segi pengelasan, seriasi, konsep nombor, operasi nombor, konsep masa, konsep ruang dan penyelesaian masalah. Kajian ini dijalankan di dua buah pusat prasekolah di kawasan Kepong dan Jinjang, Zon Sentul, Wilayah Pesekutuan, Kuala Lumpur. Subjek kajian ini terdiri daripada 60 orang kanak-kanak yang berumur enam tahun di kedua-dua buah pusat prasekolah. Subjek kajian terbahagi kepada 30 orang kanak-kanak dalam kumpulan eksperimen dan 30 orang kanak-kanak dalam kumpulan kawalan.
Description
Keywords
Kesan Aktiviti ‘Brain Gym’ , Kognitif Kanak-Kanak Prasekolah
Citation