Ta‘Awun Piagam Madinah Dalam Pembangunan Komuniti Majmuk Di Kawasan Rukun Tetangga Timur Laut Dan Barat Daya, Pulau Pinang
Loading...
Date
2016-04
Authors
Zaleha Embong
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kestabilan sosiopolitik dalam sesebuah negara bergantung kepada hubungan yang baik dalam masyarakat majmuk. Di Malaysia, pihak kerajaan telah menubuhkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang dipantau oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bagi memupuk hubungan kerjasama dan tolong-menolong dalam masyarakat majmuk. Tolong-menolong atau taʻawun ini juga menjadi asas pembentukan Piagam Madinah. Piagam ini berjaya mengurus masyarakat majmuk sehingga menjadi simbol kekuatan kerajaan Madinah. Kajian ini memilih bahagian Timur Laut dan Barat Daya, Pulau Pinang sebagai lokasi kajian kerana masyarakatnya terdiri daripada masyarakat majmuk dan mampu mengekalkan kestabilan sosial. Oleh itu, kajian ini bertujuan mencapai tiga objektif. Pertama, mengenal pasti peranan ta„awun dalam Piagam Madinah yang berjaya mengurus masyarakat majmuk. Kedua, mengenal pasti peranan ta„awun dalam aktiviti-aktiviti pembangunan komuniti di KRT Timur Laut dan Barat Daya, Pulau Pinang. Ketiga, menganalisis peranan ta„awun dalam aktiviti-aktiviti pembangunan komuniti di KRT Timur Laut dan Barat Daya, Pulau Pinang berdasarkan Piagam Madinah. Kesemua objektif ini dicapai melalui kajian kualitatif berbentuk kajian kes.
Kajian ini menggunakan sumber data sekunder melalui kaedah kepustakaan. Manakala, sumber data primer diperoleh melalui temu bual mendalam dan pemerhatian turut serta. Kesemua data dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian mendapati wujud amalan ta„awun dalam aktiviti-aktiviti pembangunan komuniti di KRT Timur Laut dan Barat Daya, Pulau Pinang. Amalan ini memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan kerjasama dalam masyarakat majmuk. Masyarakat majmuk dapat saling mengenali, berinteraksi dan bekerjasama semasa melakukan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Peranan ta„awun ini dilihat bersesuaian dengan peranan ta„awun dalam Piagam Madinah dari aspek menghormati hak kejiranan, bekerjasama menjaga keselamatan dan saling membantu golongan yang memerlukan.
Description
Keywords
Tolong-menolong atau taʻawun ini juga , menjadi asas pembentukan Piagam Madinah.