Pengurusan Stres Untuk Kesejahteraan Insan Berdasarkan Kitab Hikam

Loading...
Thumbnail Image
Date
2020-07
Authors
Wan Nornajwa Wan Othman
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Pelbagai kaedah diterapkan dalam pengurusan stres kini bagi membendung insan daripada stres. Walau bagaimanapun, pengurusan stres kini tidak mampu untuk menyejahterakan insan. Tambahan lagi, laporan statistik berkaitan stres semakin meningkat dari hari ke hari. Lebih membimbangkan lagi, stres menyumbang kepada masalah kesihatan mental yang dikatakan akan menjadi penyakit kedua tertinggi di dunia pada tahun 2020. Persoalannya, adakah pengurusan stres pada masa kini benar-benar dapat membendung stres dan menyejahterakan diri insan? Apakah bentuk pengurusan stres yang diberikan? Bagaimanakah pengurusan stres terbaik dalam memenuhi konteks kesejahteraan insan berdimensi integrasi? Tiga objektif kajian dibentuk bagi menjawab kesemua persoalan.
Description
Keywords
Pengurusan Stres Untuk Kesejahteraan , Insan Berdasarkan Kitab Hikam
Citation