Tanggapan Terhadap Wanita Dalam Karya Hamzah Dan Keris Mas

Loading...
Thumbnail Image
Date
2005-02
Authors
Yaacob, Membunga @Siti Meriam
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini menganalisis tanggapan dua orang penulis terkenal Malaysia, iaitu Hamzah dan Keris Mas terhadap watak-watak wanita dalam karya mereka. Sebanyak tujuh buah novel dan 42 cerpen Hamzah, tiga buah novel dan 34 buah cerpen Keris Mas yang dihasilkan mulai 1940-an sehingga 1980-an dikaji; dengan memberi tumpuan terhadap watak utama dan watak penting. Kajian ini menggunakan dua kaedah; iaitu 'analisis' kandungan' atau 'analisis karya' dan temubual secara intensif dengan penulis. Analisis ini telah menggunakan pendekatan feminis dengan memberi tumpuan terhadap feminist critique. Kaedah feminist critique menjadi pilihan kerana kajian ini menganalisis watak-watak wanita yang ditampilkan oleh penulis lelaki. Pendekatan ini membolehkan pengkaji mengenal pasti corak tanggapan kedua penulis ini terhadap wanita dalam karya mereka. Turut dikesan dengan kaedah ini ialah imej wanita yang dipotretkan. K~ian ini mendapati kedua penulis banyak menampilkan watak wanita yang cenderung negatif dalam karya mereka. Wanita sebagai objek seks dikaitkan dengan gejala pergaulan bebas, kekecewaan, kesunyian hidup dan juga mangsa keadaan. Kedua penulis ini turut menampilkan watak wanita lemah. Mereka diperaga tidak berdaya, bertindak mengikut emosi, perlukan perlindungan dan juga tempat bergantung, khususnya daripada lelaki. Turut ditampilkan ialah wanita yang mempunyai visi. Mereka diperagakan cuba melakukan anjakan paradigma; namun tidak begitu berhasil. Kegagalan ini disabitkan dengan tindakan di luar rasional, berfikiran sempit dan tidak mengukur keupayaan diri. Kajian ini juga mendapati sebilangan kecil watak-watak wanita ditampilkan membawa imej terpuji. Sungguhpun begitu pemerian ini adalah mengikut jurus pandang lelaki. Dengan ini dirumuskan Hamzah dan Keris Mas masih menampilkan watak wanita yang stereotaip. Kedua-duanya cenderung menampilkan perlakuan negatifwatak-watak wanita; seperti kebanyakan penulis lelaki yang lain.
Description
Keywords
Menganalisis watak-watak wanita , yang ditampilkan oleh penulis lelaki.
Citation