Tanggungjawab Sosial Korporat Institusi Perbankan Islam Di Aceh : Analisis Kriteria Dan Persepsi

dc.contributor.authorYusuf, Muhammad Yasir
dc.date.accessioned2019-06-25T07:05:45Z
dc.date.available2019-06-25T07:05:45Z
dc.date.issued2012-05
dc.description.abstractKonsep tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang lahir tahun 1970 di Barat telah menjadi isu yang hangat untuk diperbincangkan. Perbincangan mengenai konsep CSR ini selalunya tertumpu pada pandangan yang diasaskan pada norma, budaya dan keyakinan masyarakat Barat. Hal ini menjadi masalah ketika konsep CSR tersebut diamalkan pada korporat yang berasaskan nilai-nilai Islam seperti Institusi Perbankan Islam (IPI). Oleh itu, ada empat objektif kajian tesis ini, iaitu mengenal pasti konsep CSR dalam pandangan Islam, menganalisis dan membentuk kriteria-kriteria CSR IPI, menganalisis persepsi pihak pemegang berkepentingan perbankan Syari’ah di Aceh terhadap CSR perbankan Syari’ah berdasarkan kriteria-kriteria CSR IPI dan menilai hubungan pemilihan IPI dengan persepsi pihak pemegang berkepentingan perbankan Syari’ah di Aceh terhadap kriteria amalan CSR IPI. Kajian ini dibahagi kepada dua fasa. Fasa pertama bersifat teoretikal dan berbentuk kajian perpustakaan dengan menggunakan analisis kandungan. Fasa kedua, bersifat empirikal. Ia melibatkan temu bual dengan sekumpulan pakar terhadap ketepatan konsep, kriteria dan item CSR Islam dan berbentuk kajian survei dengan membabitkan 400 responden pengguna dan 117 responden pekerja di perbankan Syari’ah di Aceh sebagai sampel kajian. Dapatan hasil kajian di fasa pertama menunjukkan walaupun ayat al-Qur’an dan al-Sunnah tidak langsung menjelaskan tentang konsep CSR akan tetapi terdapat banyak ayat dan hadis yang menyatakan kewajiban individu untuk bertanggungjawab dalam sosial. Konsep CSR dalam Islam diamalkan dalam tiga bentuk tanggungjawab. Pertama, tanggungjawab kepada Allah SWT. Kedua, tanggungjawab kepada manusia. Dan ketiga, tanggungjawab kepada alam.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/8375
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectTanggungjawab sosial korporaten_US
dc.subjectinstitusi perbankan Islam di Acehen_US
dc.titleTanggungjawab Sosial Korporat Institusi Perbankan Islam Di Aceh : Analisis Kriteria Dan Persepsien_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: