Strategi Penterjemahan Elemen Budaya Bukan Material Dalam The World Is Flat : A Brief History Of The Globalized World In The Twenty-First Century Ke Dalam Bahasa Melayu

Loading...
Thumbnail Image
Date
2015-11
Authors
Husin, Norhazlina
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini mengkaji strategi penterjemahan elemen budaya bukan material dalam teks bukan fiksyen The World is Flat: A Brief History of the Globalized World in the Twenty-First Century (The World is Flat) hasil tulisan Thomas Friedman (2005) ke dalam bahasa Melayu. Sebanyak 179 elemen budaya bukan material (kata, frasa, klausa, ayat dan nombor) digunakan sebagai data bagi (i) menganalisis prosedur terjemahan yang digunakan untuk menterjemah elemen budaya bukan material dalam The World is Flat, (ii) meneliti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan prosedur-prosedur ini, (iii) mencerakinkan peranan penyuntingan dalam memastikan hasil terjemahan menepati ikhtisar terjemahan dan (iv) membincangkan tentang kecenderungan strategi penterjemahan terhadap terjemahan foreignization dan domestication. Kajian ini menggunakan himpunan beberapa teori, kaedah dan pendekatan secara eklektik bagi menjawab semua persoalan kajian. Empat bahan kajian digunakan dalam kajian ini iaitu teks The World is Flat sebagai teks sumber, draf terjemahan akhir oleh penterjemah, hasil suntingan oleh editor pertama dan teks terjemahan akhir yang telah diterbitkan. Kajian ini menggunakan empat kaedah kajian iaitu analisis kandungan, perbandingan analisis teks, temu bual dan pengiraan kekerapan. Dapatan menunjukkan bahawa kesemua elemen budaya boleh dikategorikan kepada tiga kategori iaitu budaya ekologi, budaya organisasi dan budaya sosial. Kesemua elemen ini diterjemahkan menggunakan sembilan prosedur terjemahan iaitu pemindahan, asimilasi, pinjam terjemah, kata demi kata, literal, terjemahan sedia ada, persamaan deskriptif, transposisi dan kuplet. Selain sembilan prosedur ini, terdapat juga elemen budaya yang tidak diterjemahkan, diterjemahkan secara tidak konsisten dan diterjemahkan dengan terjemahan yang salah. Dapatan menunjukkan bahawa bentuk elemen budaya bukan material dan perbezaan sistem bahasa antara bahasa Inggeris dan bahasa Melayu menjadi dua faktor tekstual yang mempengaruhi penggunaan sesuatu prosedur terjemahan. Faktor ekstratekstual pula melibatkan pengaruh ikhtisar terjemahan, latar belakang penterjemah, sikap penterjemah dan norma dalam terjemahan. Dapatan juga menunjukkan bahawa proses penyuntingan mengubah prosedur terjemahan yang digunakan. Dapatan menunjukkan bahawa berlaku empat jenis penyuntingan terhadap hasil terjemahan elemen budaya bukan material iaitu penyuntingan kopi, penyuntingan stilistik, penyuntingan struktur dan penyuntingan isi kandungan. Dapatan juga menunjukkan bahawa penyuntingan yang dilakukan dapat memastikan hasil terjemahan mematuhi ikhtisar terjemahan yang ditetapkan. Namun demikian, penyuntingan yang dilakukan belum menjanjikan setiap kesalahan dalam hasil terjemahan diperbetulkan. Dapatan menunjukkan masih terdapat kesalahan yang tidak disunting oleh editor malahan terdapat hasil terjemahan yang disunting dengan suntingan yang salah. Dapatan juga menunjukkan bahawa ikhtisar terjemahan dan komisioner turut memainkan peranan dalam menghasilkan teks terjemahan. Didapati bahawa strategi penterjemahan yang digunakan cenderung sebanyak 73.56% terhadap terjemahan foreignization dan 14.94% terhadap terjemahan domestication manakala 6.32% cenderung terhadap kedua-duanya. Kajian turut mencadangkan taksonomi strategi penterjemahan terhadap terjemahan foreignization dan domestication serta mencadangkan ikhtisar terjemahan yang bersesuaian dengan konteks penerbitan buku terjemahan di Malaysia.
Description
Keywords
Strategi penterjemahan
Citation