Integrasi Nasional Sekolah Wawasan Di Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah Darul Aman

dc.contributor.authorRa’ais, Rahimi
dc.date.accessioned2017-01-27T08:26:37Z
dc.date.available2017-01-27T08:26:37Z
dc.date.issued2016-03
dc.description.abstractKewujudan Sekolah Wawasan merupakan satu idea dan cadangan Kementerian Pendidikan bagi tujuan mengukuhkan lagi konsep perpaduan antara rakyat Malaysia dan didukung dari peringkat umur bawahan lagi. Melalui kajian yang dijalankan ini, pengkaji cuba melihat Keberkesanan Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar (SWTA) sebagai sebuah sekolah wawasan dalam mencapai objektif yang ditetapkan oleh kementerian. Secara keseluruhannya, kajian ini hanya melibatkan dua jenis buah sekolah sahaja berbanding tiga sebelum ini. Dua buah sekolah tersebut ialah SK Taman Aman dan juga SJKT Thruvalluvar. Bagi SJKC Pumpong, sekolah ini telah berpindah di bangunan baru dan keluar dari konsep sekolah wawasan yang di SWTA ini. Walaupun hanya tinggal dua buah sekolah sahaja, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar telah menyatakan bahawa pelaksanaan konsep sekolah wawasan masih diteruskan. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti responden bersetuju bahawa sekolah wawasan telah memberi kesan yang positif dalam membantu mewujudkan sikap saling menghormati antara kumpulan etnik. Objektif asas untuk menanam sifat perpaduan dalam diri pelajar sekolah di peringkat sekolah rendah lagi dalam program sekolah wawasan ini amat berkesan dalam usaha melahirkan masyarakat majmuk yang lebih utuh masa hadapan. Melalui program yang lebih berkesan seperti hari sukan, sambutan perayaan bersama dan juga berkongsi infrastruktur yang sama dapat mewujudkan hubungan komunikasi yang baik bukan sahaja pelajar malah guru sendiri.Secara umumnya kajian ini membuktikan lagi kebenaran fungsi pendidikan sebagai alat pemupukan integrasi nasional di negara ini.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/3616
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectSekolah Wawasanen_US
dc.titleIntegrasi Nasional Sekolah Wawasan Di Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah Darul Amanen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: