Kesan Pendekatan Persidangan Terhadap Pembelajaran Penulisan Sebagai Kemahiran Komunikatif Pada Peringkat Sekolah Rendah Di Indonesia

Loading...
Thumbnail Image
Date
2009-12
Authors
Tatat Hartati
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan pendekatan persidangan terhadap pembelajaran penulisan karangan pemujukan dan penerangan Bahasa Indonesia dari perspektif komunikatif bagi murid darjah enam sekolah rendah. Kajian ini berbentuk kuasi eksperimen dengan sampel kajian seramai 112 murid, terdiri daripada 50 murid sebagai kumpulan rawatan dan 62 murid kumpulan kawalan dari 2 buah sekolah rendah di Provinsi (Negeri) Jawa Barat, Indonesia. Pelaksanaan kajian meliputi empat tahap, iaitu praujian, proses pembelajaran di dalam ke1as, pascaujian I dan pascaujian II. Sampel karangan praujian dan pascaujian diperiksa dengan menggunakan Skema Analisis Karangan Jenis Pemujukan dan Skema Analisis Karangan Jenis Penerangan (Hashim, 2005). Bagi karangan jenis pemujukan, dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan persidangan memberikan kesan yang signifikan dan kuat terhadap perbezaan skor pencapaian murid dalam setiap komponen kemahiran komunikatif, iaitu sosiolinguistik, tatabahasa dan wacana. Namun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi kesan utama jantina dan kumpulan bahasa ibunda, dan juga kesan interaksi antara kumpulan bahasa ibunda, dan Juga kesan interaksi antarakumpulan (rawatanlkawalan) dengan jantina atau bahasa ibunda. Bagi karangan jenis penerangan dapat dirumuskan bahawa kesan pengajaran persidangan terhadap perbezaan skor pencapaian murid dalam setiap kemahiran komunikatif adalah signifikan. Kesan muatan ini adalah kuat berdasarkan nilai kuasa dua eta yang ditunjukkan dalam analisis ANOVA dua hala. Bagi kesan jantina dan bahasa ibunda, tidak terdapat kesan yang signifikan oleh kedua-dua variabel ini terhadap perbezaan skor murid dalam setiap aspek/ komunikatif, walaupun min perbezaan skor pencapaian murid perempuan lebih tinggi daripada lelaki dan min perbezaan skor pencapaian murid berbahasa ibunda bahasa Indonesia lebih tinggi daripada murid berbahasa ibunda bahasa Sund'a. Dalam komponen tatabahasa terdapat kesan interaksi yang signifikan terhadap kedua-dua kumpulan serta jantina, dan bahasa ibunda. Dapatan pascaujian II bagi karangan pemujukan dan karangan penerangan menunjukkan adanya peningkatan pemerolehan skor dibandingkan dengan pascaujian I. Hal ini menunjukkan adanya ketekalan pendekatan persidangan terhadap pembelajaran dan pengmisaan murid dalam penulisan karangan berdasarkan perspektif komunikatif.
Description
Keywords
Kesan pendekatan persidangan terhadap pembelajaran penulisan karangan pemujukan dan penerangan Bahasa Indonesia , dari perspektif komunikatif bagi murid darjah enam sekolah rendah.
Citation