Pentadbiran Nafkah Golongan Kurang Mampu: Kajian Terhadap Perlaksanaan Oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri Sembilan
Loading...
Date
2011-07
Authors
Kasan, Hasnan
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
syarak yang mesti ditangani oleh pihak yang berkewajipan menanganinya. Pada asalnya,
kewajipan memenuhi keperluan nafkah adalah terpikul kepada individu sama ada memenuhinya
bagi diri sendiri atau bagi keluarga. Namun, tidak semua individu mampu mengadakan nafkah
bagi diri atau keluarga. Pada ketika ini individu dan keluarga yang terlibat akan menjadi
golongan yang kurang mampu mengadakan nafkah bagi diri dan keluarga. Justeru, syarak
memindahkan kewajipan memenuhi nafkah golongan ini kepada institusi agama yang tertentu.
Aplikasi secara praktikal oleh insitusi terlibat telah dipaparkan pada zaman awal Islam sehingga
berjaya menjadikan semua golongan kurang mampu berupaya memenuhi keperluan asasi hidup
masing-masing. Berdasarkan amalan pada zaman awal Islam dan berpandukan nas-nas syarak,
para fuqaha telah menyusun panduan perbincangan dan hukum berkaitan nafkah dengan
menumpukan kepada aspek nafkah, pihak pembiaya, pihak penerima dan nilai keperluan yang
perlu dibiayai. Panduan ini telah dijadikan dasar penggubalan peraturan pentadbiran nafkah oleh
pihak berkuasa agama Islam di Negeri Sembilan yang merangkumi Baitulmal dan Mahkamah
Syariah. Namun, beberapa persoalan masih perlu kepada jawapan yang terbukti faktanya,
antaranya ialah apakah skop bidang kuasa yang ada pada pihak Baitulmal dan Mahkamah
Syariah dan prosedur yang digunakan dalam menangani keperluan nafkah golongan kurang
mampu, apakah aspek-aspek nafkah yang ditangani dan apakah aplikasi pentadbiran nafkah yang
dijalankan benar-benar menepati panduan hukum yang telah digaris oleh para fuqaha? Jawapan
kepada persoalan-persoalan ini adalah menjadi objektif penyelidikan lapangan yang dijalankan.
Bagi mencapai objektif ini, metodologi kepustakaan, analisis dokumen dan temubual digunakan
dalam mengumpulkan data yang berkaitan. Melalui analisis data yang dilakukan, kajian ini telah
berjaya mencapai objektifnya dengan menjawab persoalan-persoalan yang timbul berkenaan
pentadbiran nafkah golongan kurang mampu oleh pihak berkuasa agama di Negeri Sembilan.
Kajian ini mendapati pihak berkuasa agama yang berkenaan telah mempunyai bidang kuasa yang
mencukupi dan berjaya merangkumkan semua aspek nafkah dalam pentadbirannya. Sebahagian
besar aplikasi pentadbiran nafkah yang dijalankan adalah menepati panduan hukum syarak,
namun ada beberapa sudut yang kurang menepati. Perbincangan terperinci akan dibentangkan
melalui bab-bab dalam penulisan tesis ini.
Description
Keywords
Pentadbiran Nafkah , Negeri Sembilan