Pigmen Merah Semula Jadi Dengan Aktiviti Antibakteria Daripada Pencilan Bakteria Marin Tempatan, Serratia marcescens USM84
Loading...
Date
2012-01
Authors
Nazari, Teh Faridah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Alam marin telah terbukti menyimpan pelbagai khazanah yang tidak ternilai harganya. Terdapat banyak kajian ke atas sumber marintelah dilakukan sehinggaakhirnyaberjaya diaplikasikan. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji dan mempertingkatkan pertumbuhan dan penghasilan sebatian antibakteria daripada pencilan terpilih USM84. Keputusan yang diperolehi menunjukkan pencilan USM84 mempunyai aktiviti antibakteria berspektrum luas ke atas bakteria Gram positif dan negatif. Sebanyak 22.73% daripada mikrob yang diuji memberikan keputusan zon perencatan yang terbaik iaitu melebihi 12.0 mm diikuti perencatan zon sederhana iaitu antara 7.0 mm sehingga 12.0 mm sebanyak 31.82% daripada 22 mikroorganisma ujian. Pencilan USM84 telah dikenalpasti sebagai Serratia marcescens melalui penjujukan subunit 16 Asid Ribonukleik Ribosom (16S rRNA). Pengoptimuman keadaan fizikal medium pengkulturan mencadangkan S. marcescens USM84 tumbuh dan menghasilkan sebatian antibakteria secara optimum memerlukan 2% saiz inokulum pada suhu 25oC dengan goncangan 150 psm di dalam medium kaldu Marin separa pepejal (0.3% agar) dengan pH awal 7.0 selama 48 jam tempoh pengkulturan di dalam sistem kelalang goncangan. Manakala di dalam sistem fermenter memerlukan 2% saiz inokulum pada suhu 25oC dengan kadar pengadukan 100 psm di dalam medium kaldu Marin separa pepejal (0.3% agar) dengan pengawalan pH pada 6.0 selama 48 jam tempoh pengkulturan. Pengoptimuman telah meningkatkan penghasilan sebatian antibakteria sebanyak 25.07-35.07 U/ml (39.89%) dan 26.66-35.07 U/ml (31.55%) daripada sistem kelalang goncangan berisipadu 250 mililiter dan 1.0 liter berbanding dengan sistem fermenter. Peningkatan aktiviti antibakteria di dalam sistem fermenter adalah sebanyak 12.37-35.05 U/ml (183.51%).
Pemerhatian di bawah mikroskop transmisi elektron (TEM) menunjukkan pengumpulan pigmen pada membran sel dan tersimpan secara intrasel. Pigmen merah semula jadi yang terhasil tidak bersifat toksik dengan LC50 29.17 mg/ml (12 jam pendedahan) dan 6.96 mg/ml (24 jam pendedahan). Sementara itu, nilai MIC yang dicapai pada kepekatan 6.5 μg/ml dan ekstrak kasar antibakteria dari S. marcescens USM84 menunjukkan aktiviti bakteriostat ke atas sel MRSA.
Description
Keywords
Mempertingkatkan pertumbuhan dan penghasilan sebatian antibakteria , daripada pencilan terpilih USM84