Hikayat Keturunan Raja Negeri Deli : Kelahiran Sebuah Legenda Sejarah

Loading...
Thumbnail Image
Date
2011-02
Authors
Kembaren, Mardiah Mawar
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Hikayat Keturunan Raja Negeri Deli adalah salah sebuah teks kesusasteraan Melayu tradisional berbentuk prosa naratif yang boleh digolongkan ke dalam genre sastera sejarah bagi Kesultanan Deli. Hampir keseluruhan ceritanya menonjolkan watak Gocah Pahlawan sebagai seorang panglima perang Aceh yang unggul menurunkan zuriat raja-raja Kesultanan Deli. Teks ini menjadi istimewa kerana memperlihatkan seorang pembesar kerajaan telah berjaya mengatasi kehebatan seorang raja. Walau bagaimanapun, penampilan unsur-unsur sejarah dalam teks ini adalah bercampur-baur dengan unsur-unsur legenda masyarakat sehingga membentuk sebuah karya legenda sejarah yang bersifat hybrid. Oleh itu, penelitian terhadap teks ini akan bertitik-tolak daripada kerangka pemikiran oral history yang telah dikemukakan oleh Jan Vansina dalam bukunya Oral Tradition: A Study in Historical Methodology (1965). Kajian membincangkan faktor dan ciri-ciri asas kelahiran Gocah Pahlawan sebagai tokoh legenda sejarah bagi kesultanan Deli. Ia meliputi asal keturunan, kepahlawanan, kepemimpinan, kesetiaan, kehebatan luar biasa dan kemahiran siasahnya. Naskhah Hikayat Keturunan Raja Negeri Deli, kajian dan penyelenggaraan terhadapnya, memperlihatkan peranan yang berterusan karya sastera masa silam dalam membentuk kelahiran seorang tokoh legenda bagi sesebuah masyarakat sehingga hari ini.
Description
Keywords
Hikayat Keturunan Raja Negeri Deli , sejarah bagi Kesultanan Deli
Citation