Pelaksanaan Akad Pembiayaan MuḌārabat Industri Kecil Sederhana Di Bank Sumut Syariah Indonesia, Kota Medan
Loading...
Date
2017-03
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Akad pembiayaan muḍārabat IKS di Bank SUMUT Syariah Indonesia, Kota Medan semestinya mengikuti perjanjian dalam Islam iaitu asas berdasarkan kebebasan berkontrak (al-hurriyāt), namun Bank SUMUT Syariah belum sepenuhnya mengikuti perkara itu. Berdasarkan perkara tersebut, objektif kajian ini terdiri daripada tiga objektif iaitu pertama, mengenal pasti konsep akad pembiayaan muḍārabat IKS Bank SUMUT Syariah; kedua, menganalisis pelaksanaan akad pembiayaan muḍārabat; ketiga, merumuskan akad pembiayaan muḍārabat. Kaedah penyelidikan yang digunakan ialah kajian penerokaan dan deskriptif, manakala kaedah analisis data menggunakan analisis kandungan dan deskriptif. Kajian ini menghasilkan tiga dapatan, iaitu pertama, konsep akad pembiayaan muḍārabat yang diamalkan Bank SUMUT Syariah pada asasnya berdasarkan UU 21 Tahun 2008 dan Fatwa Dewan Syariah Nasional (DSN) Nombor: 07/DSN-MUI/IV/2000, namun isi akad yang diamalkan merupakan akad pinjam meminjam wang. Kedua, akad yang diamalkan Bank SUMUT Syariah dalam hal ini amalannya pihak ṣahibul māl meminta jaminan kepada muḍārib kerana mengikuti Fatwa Dewan Syariah Nasional dan polisi Bank Indonesia dan mekanisme perkongsian untung yang mengarah kepada kaedah perkongsian hasil (revenue sharing). Dapatan daripada analisis ketiga akad yang diamalkan Bank SUMUT Syariah merupakan akad yang standard iaitu semestinya dibuat berdasarkan asas kebebasan berkontrak (al-hurriyāt) antara kedua-dua pihak yang mempunyai hak dan kewajipan yang seimbang agar terjadi akad yang adil dan manfaat. Implikasi kajian ini memperlihatkan akad pembiayaan muḍārabat harus selari dengan prinsip perundangan iaitu nilai keadilan dan kemanfaatan kerana akad pembiayaan muḍārabat merupakan akad yang berasaskan kepercayaan yang mempunyai sifat tolong menolong (tāawun) sehingga dapat memberikan impak positif untuk pengembangan usaha bagi mendapatkan keredaan Allah SWT. Wujud juga akad yang adil dan manfaat (maslahah) iaitu hasil daripada nilai keseimbangan antara kedua-dua pihak untuk membantu usaha muḍārib berdasarkan janji yang dipersetujui bersama.
Description
Keywords
Akad pembiayaan muḍārabat IKS , di Bank SUMUT Syariah Indonesia,