Pemuliharaan Bangunan Warisan Dari Aspek Sejarah Di George Town, Pulau Pinang

dc.contributor.authorMootar, Mohd Qawien
dc.date.accessioned2021-02-19T07:57:47Z
dc.date.available2021-02-19T07:57:47Z
dc.date.issued2019-03
dc.description.abstractPenyelidikan yang dilakukan adalah bersifat kualitatif iaitu menggunakan sumber primer dan sekunder yang terdapat pada tiga kajian kes. Tiga buah kajian kes telah dipilih sebagai sampel kajian kes iaitu Kota Cornwallis, Rumah Teh Bunga dan Pejabat Warisan Dunia George Town. Ketiga-tiga kajian kes ini dipilih kerana telah melalui proses pemuliharaan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Di samping itu, bangunan ini masih mengekalkan keasliannya dan terdapat penambahan struktur yang telah dirobohkan. Penambahan ini adalah menggantikan bahagian struktur yang dirobohkan dan mengembalikan kepada keadaan asal. Bangunan warisan ini dipulihara mengikut pada pelan asalnya. Pemuliharaan pada struktur bangunan yang rosak dan menggantikan dengan bahan tersebut dengan bahan yang asli. Pemuliharaan bangunan dari aspek sejarah ini telah didokumentasikan agar kaedah dan proses pemuliharaan ini dapat dijadikan rujukan. Proses pemuliharaan bangunan warisan perlu mengikut piawaian sejarah yang telah ditetapkan iaitu pemuliharaan bangunan warisan perlu mengikut keadaan asal seperti sebelum berlakunya kerosakan. Pemuliharaan bangunan warisan ini dapat mengekalkan identiti, keaslian, suai guna dan budaya masyarakat setempat. Pemuliharaan ini bertujuan menjadi contoh kepada pemuliharaan bangunan warisan yang lain kerana pemuliharaan bangunan kajian kes telah mengikut garis panduan yang telah disediakan dengan jayanya.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/11406
dc.language.isoenen_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPemuliharaan Bangunan Warisanen_US
dc.subjectAspek Sejarahen_US
dc.subjectGeorge Townen_US
dc.subjectPulau Pinangen_US
dc.titlePemuliharaan Bangunan Warisan Dari Aspek Sejarah Di George Town, Pulau Pinangen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: