Pengaruh Faktor Pelindung Dan Kekuatan Dalaman Terhadap Ketahanan Diri Dalam Kalangan Murid Dari Pada Ibu Bapa Bercerai

Loading...
Thumbnail Image
Date
2017-08
Authors
Kasim, Marini
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini adalah untuk menentukan pengaruh faktor pelindung dan kekuatan dalaman terhadap ketahanan diri dalam kalangan murid dari ibu bapa bercerai. Reka bentuk kajian adalah kaedah gabungan (mixed-methods) iaitu menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Sampel kajian bagi kaedah kuantitatif terdiri daripada 575 orang murid tingkatan empat yang telah dipilih secara persampelan sistematik dari 19 buah sekolah di Kedah. Seterusnya untuk kaedah kualitatif pula seramai 5 orang murid telah dipilih berdasarkan status perkahwinan ibu bapa (bercerai). Sampel telah melengkapkan soal selidik Resilience Youth Development Module (RYDM) bagi mengukur variabel faktor pelindung dan kekuatan dalaman. Mana kala instrumen Skala Ketahanan Diri (SKD) digunakan untuk mengukur ketahanan diri. Keputusan bagi analisa tahap variabel faktor pelindung, kekuatan dalaman dan juga ketahanan diri secara keseluruhannya adalah pada tahap tinggi. Keputusan yang sama diperoleh bagi analisa yang dilakukan secara berasingan ke atas 529 murid dari ibu bapa yang tidak bercerai serta 46 orang murid dari ibu bapa yang bercerai. Keputusan ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan mengikut jantina, bangsa dan juga status perkahwinan ibu bapa bagi setiap variabel faktor pelindung, kekuatan dalaman dan ketahanan diri. Analisis Korelasi Pearson menunjukkan wujud hubungan positif yang kuat bagi faktor pelindung dan kekuatan dalaman dengan katahanan diri murid yang mempunyai latar belakang ibu bapa bercerai. Namun begitu, wujud hubungan positif sederhana bagi faktor pelindung dan kekuatan dalaman dengan katahanan diri murid yang mempunyai latar belakang ibu bapa tidak bercerai. Analisis regresi berganda terhadap murid dari ibu bapa bercerai dan tidak bercerai mendapati variabel faktor pelindung dan kekuatan dalaman merupakan peramal terhadap ketahanan diri. Analisis menunjukkan variabel faktor pelindung merupakan peramal yang lebih berpengaruh berbanding dengan kekuatan dalaman. Kajian kualitatif secara temu bual juga telah menyokong kajian kuantitatif apabila hasil temu bual menunjukkan faktor pelindung memainkan peranan yang lebih tinggi bagi meningkatkan ketahanan diri berbanding kekuatan dalaman. Kebanyakan jawapan temu bual yang diperoleh dari responden ternyata menghargai perhubungan erat yang terbina dalam kalangan ahli keluarga walaupun mereka tinggal berjauhan. Mereka juga mempunyai hubungan yang rapat sama ada dalam kalangan adik beradik, kawan-kawan ataupun guru di sekolah. Berdasarkan hasil kajian,implikasi dan cadangan kajian akan datang juga dikemukan.
Description
Keywords
Kekuatan dalaman terhadap ketahanan diri , dalam kalangan murid dari ibu bapa bercerai
Citation